ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Thursday, November 25, 2010

Saya Mahu Pulang

Saya mahu pulang..
Yup!! ni la kali pertama dan terakhir duduk luar semester (boleh la cakap macam tu sebab tinggal satu sem pun.. ..heheh)
mengerikan duduk berseorangan dalam sebuah blok ... (cam duduk dalam banglo 2 tinggat je... tak nak rumah besar2x.. takut..heeh)
dah la hampir2 dikejar "lembu pendek".. kelakar kot berlari lintang pukang menyelamatkan diri...
now, i want back home....!!!
Cuti semester cuma berbaki 3 minggu lagi...
Manfaatkan...
kena struggle untuk siapkan BAB 1 untuk Latihan Ilmiah...
Wajib!!BAB 1!!
heheeh

Monday, November 22, 2010

Mood bahagia

Alhamdulillah.. 
Kasih kembali bersemi
Hati berbunga riang
Harapan yang suatu ketika hampir layu
Kini mekar kembali
Terima kasih Ya Allah..

Friday, November 19, 2010

Peristiwa November

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat kawan-kawan ku...
13.11
Junainah yang ke 22 dan Zubaidah yang ke 21....
Semoga terus maju jaya..
Khas untuk Zubaidah, semoga kamu bertemu kekasih hati mu...(p/s: aku tahu ini yg kamu harapkan zu...hahahhaha)


15.11
Untuk kamu, Nadzirah Yahya...
Selamat Ulang Tahun yang ke 21...
Sedih...
Ini semester akhir kita bersama..
semoga terus maju jaya di luar sana ye...
Geng Choka Choki dah kekurangan ahli...


To my 2nd bro,
Selamat Ulang Tahun yang ke 24..
24 ke???
comfirm betul
Nanti kira semula...(hehehe)
Moga terus maju jaya dalam mengejar apa yang diimpikan...


19.11
Selamat Ulang tahun untuk ayahanda tersayang
selamat datang usia 64 tahun..heheh
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik..
Dipanjangkan usia
Dimurahkan rezeki hendaknya...
Love you very much dad!!!
mmmuuuuuuahhhhhhhh!!!


Selamat Ulang Tahun juga buat abangku
ulang tahun yang ke 34..
Betul ke??
Tak pasti la...betul-betul-berul
Hehehhe..
Semoga diberikan kesihatan yang baik ye..
Bertambah kaya..
Boleh tumpang sebadan...


20.11
Genap 2 tahun mak long pergi untuk selamanya.... al-Fatihah....


*Love all of you!!! Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah SWT....

Pengorbanan

Sudah kembali dari kampung. Hanya beberapa hari aja barada di kampung.. 
Sedih hanya seketika di rumah..(waaaaaa!!!!!!!!)
Tetapi tidak mengapa (ayat sedapkan hati..heheh)
Sebagai pelajar tahun akhir, banyak tuntutan tugasan yang perlu dilakukan...
Tuntutan tugasan sebagai pelajar memerlukan pengorbanan.. 
Dan mungkinkah ini pengorbanan yang harus aku lakukan semperna HARI RAYA KORBAN ini??
Tidak mengapa, jika pengorbanan ini terpaksa dilakukan demi mengenggam  segulung IJAZAH dan menggenggam CITA-CITA, tidak mengapa...
Perjalanan masih jauh. Masih banyak halangan yang menanti. Biarpun hanya tinggal semester lagi, tetapi kita tidak pasti apa yang menanti di hadapan. 
Dan semestinya, kadang-kala setiap ujian yang mendatang itu memerlukan pengorbanan...
Di kesempatan di hari yang baik ini, marilah kita sama-sama melakukan pengorbanan..
Salam AidilAdha...

Friday, November 12, 2010

Al Fatihah buat arwah Hidayu Yaakob~dalam kenangan~


angah , tw de dak 2nd yr mnggal?.. itu la mesej yang kawan aku  kirimkan usai aku solat maghrib tadi. Berketar-ketar aku membacanya... Innalillah.. itu sahaja yang aku mampu katakan.. Daripada DIA kita datang, kepadaNya jua kita kembali....Patut la pagi ni bila aku bangun untuk solat subuh hati rasa tak sedap. Bila tengok hujan renyai-renyai kat luar, hati makin gelisah. terkiang-kiang kata seorang teman "selalunya, kalau hujan renyai-renyai pagi jumaat ni, petanda ada orang meninggal"...Terbayang lagi wajah dia. So far, aku tak begitu mengenali arwah. Kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah pada Hari Interaksi dan Jamuan Hari Raya Kelab PEMADAM (mungkin sebelum ni or selepas tu pernah jumpa or terserempak tapi tak perasan) Lebih kurang 2 minggu selepas cuti raya. Selepas itu, memang aku tak pernah berjumpa arwah.. tapi entah mengapa, saat aku hadiahkan surah yassin pada arwah, air mata tanpa sedar mengalir laju.. Beberapa kali bacaan terhenti. Walhal, aku tak begitu rapat dengan arwah dan bertemu pun hanya sekali... Tapi mungkin kerana arwah pelajar KERJA SOSIAL membuatkan hati ini berasa dekat dengannya. Bagaimanakah arwah sekarang saat bertemu Allah? Ya Allah, bila aku fikir, mengalir lagi air mata.. Bersediakah aku untuk bertemu dengan Allah. Cukup kah bekalan aku selama ni? Sedangkan bibir ini selalu mengunggap kaya yang lagho. Mata ni, kaki ini selalu tengok perkara yang menyumbang kepada zina dan melangkah kepada kemaksiatan tanpa aku sedari. Saat terfikirkan pertemuan dengan malaikat Mungkar dan Nangkir aku gundah kembali.  mampukah lidah ini menjawab setiap persoalan Mungkar dan Nangkir dengan lancar, tenang? Bersediakah aku? Tepuk dada, tanya iman.. Jawapannya, masih belum cukup!! 

Bacaan Talkin....

Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai polan Bin ibu polan, wahai polan Bin ibu polan, wahai polan Bin ibu polan,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai polan Bin ibu polan, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai polan Bin ibu polan, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatkumalahan solat lima waktupuasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara akubahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.
Wahai polan Bin ibu polan, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai polan Bin ibu polan, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
kullu nafsin za iqatul maut
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -
Al fatihah buat juniorku. arwah Hidayu binti Yaakob. Semoga ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang solehah.. amin...

Belajar berfikir & mencatat

Hari ini belajar lagi satu ilmu baru. Walau dah diberitahu berulang kali oleh pensyarah merangkap penyelia, tetapi entah kenapa untuk kali ini ilmu tersebut lebih lama terpahat di hati dan  minda.. heheh..Selama ni pending aja massage yang beliau nak sampaikan...heheh...Belajar mencatat dan berfikir..Memang suka mencatat tetapi lepas mencatat, tak tahu kemana dicampaknya kertas-kertas catatan tu. Sama juga kalau dicatat dalam buku. Buku entah kemana, tuannya pun entah kemana..kadang-kadang pula, idea melimpah ruah tapi malas nak mencatat...hehehe...Mencatat dan berfikir. Belajar berfikir mulai sekarang dan luahkan dalam bentuk penulisan. Sebab kadang-kadang, apa yang kita fikirkan tak dapat diluahkan dalam penulisan dan sebaliknya pula. Makanya pembelajaran hari ni, sentiasa berfikir dan rajin mencatat..Kelebihan berfikir?? banyak.. cuba seach kat google comfirm belambak kelebihannya..Tetapi dengan berfikir kita akan lebih memahami sesuatu perkara. Sebab muhasabab sesuatu kejadian atau peristiwa....
So, jom berfikir dan mencatat!!

Thursday, November 11, 2010

i can do it

Alhamdulillah,peperiksaan untuk semester ini sudah berakhir..
Selesai sudah perjuangan di medan peperiksaan yang bermula 26 sehingga 11.11.
Tetapi, masih ada perjuangan yang belum selesai.. 
Sesuatu yang perlu diselesaikan tetapi masih belum lagi dimulakan.
Biarpun, masa kian singkat
InsyAllah i can do it... 
Berfikir dengan positif kerana tiada yang mustahil dalam dunia ini....