ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Friday, January 28, 2011

Tentang Cinta & Ku Jemput Jodoh Ku

Alhamdulillah. Ada hikmah rupanya laptop aku ni masud wad icu untuk masuk beberapa hari. Dengan kemasukkannya ke wad icu, lastly dapat jugak aku habiskan bacaan2 aku ni. Tentang Cinta (Pahrol Mohd Juoi)& Ku jempuT Jodohku , sempatlah aku khatamkan. Kalau tak, tak tahu bila nak habis bila dah menghadap laptop ni. Bagi aku, pengisian buku ni pun seperti juga Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul  cuma bezanya ia diceritakan dalam bentuk cerita, iaitu kisah benar. Tentang Cinta membuat kita berfikir adab2 dalam bercinta dari mula, sehingga kepada akhirnya kenapa, mengapa dan sebagainya yang kadang kala tak terfikir dek akal fikiran. Contoh2 yang diberikan membuatkan aku terfikir sesuatu yang tak pernah aku fikirkan sebelum ni walau sering dilakukan dalam kehidupan seharian. Misalnya ada satu bab yang yang menceritakan tentang perempuan yang bercinta dan tudung. Dan contoh yang diberikan mengenai individu yang yang memandu dan juga helmet.. Contoh2 yang diberikn simple tetapi menarik untuk difikir2 dan direnung2 kan....

Dalam Ku Jemput Jodohku, aku tertarik dengan kata2 penulisnya yang lebih kurang macam ni maksudnya, kita ni sebenarnya berada di pentas kita sendiri. Kalau kita sedar bahawa kita berada di mana, kita tak akan berasa sedih/ kecewa/putus harap apabila kasih tak kesampaian sebaliknya kita hadapi dengan ketenangan. Aku tak nafikan, aku mengenali beberapa individu yang mana bila bercinta then putus, selalunya akan saling salah menyalah. Ada pulak yang akan menangis, murung, @ yang yang seangkatannya. So, mungkin buku2 seperti Ku Jemput Jodohku, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul dan tentang Cinta sesuai untuk dibaca. Untuk direnungi. Bila aku baca tentang yang dikatakan penulis Ku Jemput Jodohku , teringat pula aku pada kata2 seorang kaunselor semasa aku sekolah menengah dulu. Kata2 beliau lebih kurang begini " kita sering membaca novel, tengok televisyen tanpa kita sedari kita juga merupakan salah satu watak di atas pentas kita sendiri. Kita sebenarnya yang akan menentukan hala tuju pengakhiran kisah hidup kita"....

Haritu, aku ada pergi forum bicara ad-din "Penghijrahan Cinta". Bukan nak bercerita pasal forum tu tapi aku cukup berminat dengan kata2 salah seorang panel iaitu ustad Hasrizal (penulis Aku Terima Nikahnya) iaitu, cinta Allah bukan puisi tetapi realiti. Sangat mendalam maksudnya. Orang selalunya hanya akan menyedari cinta Allah jua yang hakiki setelah putus cinta. Masa tu lah bersajak, berpuisi mengatakan Cinta Allah jua yang hakiki dan cinta sesama manusia itu tak pasti.... 

*Apa2 pun, thanks sekali lagi untuk adik yang memberi aku peluang untuk membaca ketiga2 buku ini... :)

Thursday, January 27, 2011

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Aku mungkin bukan seperti Qani'ah yang  begitu menjaga pergaulannya dengan lelaki bukan muhrimnya walau hanya lewat melalui SMS.
Bukan juga seperti Qani'ah yang berjaya melawan keinginan untuk berpacaran apabila melihat pasanagan berkasih ketika zaman persekolah.
Aku juga bukan sepertinya yang berjaya menolak setiap risikan yang mendatang kerana belum bertemu si "dia" usai isthikarah....
Aku bukan seperti Qani'ah tetapi...

Aku akan berusaha untuk menjadi sepertinya ketika masih ada waktu & peluang
Akan aku berusaha sedaya upaya untuk memliki peribadi sepertinya
Walau bukan sepenuhnya, ku harap sedikit sebanyak dapat ku ambil peribadinya dalam menjalani kehidupan ini....

Qaniah memberikan aku  inspirasi & semangat kepada aku dalam mencari redha Allah
Mencari redha Allah dalam berkasih..

Ia mengingatkan aku pesanan seorang ustazah suatu ketika dahulu
" di saat kita berdating, ketika itu kita sebenarnya kita sedang membentuk peribadi anak-anak kita kelak". Lebih kurang macam ni lah ayat seorang ustazah ketika aku di Tingkatan 4. Dan satu lagi pesanan,
" Sebelum berkahwin (sekurang-kurangnya enam bulan sebelum berkahwin), perbanyakkan solat taubat. Mohon keampunan dari Allah semoga dosa-dosa kita diampunkan". Lebih kurang macam nilah ayat seorang  pensyarah pada aku & kawan2.

Apa yang ingin disampaikan disini, betapa pentingnya tingkahlaku dan akhlak kita sebelum berkahwin dalam membentuk peribadi & akhlak zuriat dan membentuk rumahtangga yang aman dan bahagia. Betapa indahnya hidup ini jika redha Allah yang dipenuhi terlebih dahulu dariada kehendak nafsu... Mari kita sama-sama mencari keredhaan demi kebahagiaan yang berpanjangan dna berkekalan untuk selamanya. InsyAllah...


~Buku ini merupakan hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noor. Qani'ah merupakan merupakan watak dalam buku ini. Sangat memeberi inspirasi dan motivasi dalam mencari cinta setelah Allah dan rasul. Mungkin kerana, kisah yang diceritakan adalah benar. Membantu aku dalam menjawab kepada beberapa persoalan~

*Kredit untuk adik yang memberiri peluang untuk aku membaca buku ni...heehehe...~

Monday, January 24, 2011

K. A. W. A. N


*Sumber MR Y

Kalau disebut kawan, aku percaya semua orang dalam dunia ni ada kawan. Cuma yang membezakan ialah sejauh mana kita mendefinisikan kawan itu. bff (best friend 4ever), kawan baik, kawan rapat, kawan kamceng, kawan biasa? Tu semua terpulang pada kita sendiri untuk mendefinisikan kawan tu.

Bagi aku pulak, aku lebih senang menggelarkan kawan rapat pada kawan2 yang sentiasa bersama aku di waktu senang atau susah. Tapi apa yang aku perasan, kebanyakkan orang bila ada kawan baik/ kawan rapat/bff ni, kalau boleh mereka nak sentiasa bersama. Kalau boleh, semua kehidupan peribadi si kawan tu nak di ambil tahu. Bila ada rahsia antara mereka, akan adalah perselisihan antara mereka. Itu yang aku perasan dan sering perhatikan. Tapi bagi aku, biarlah serapat mana pun kita dengan seseorang yang bergelar kawan tadi, harus diingat dia tetap ada kehidupannya yang lain. Dia bukan hak mutlak kita. So, dia berhak untuk cerita apa yang dia nak atau tak nak. Dan bila berkawan rapat/kawan baik/bff tak semestinya kena sentiasa bermesej, bertelefon. Itu bagi akulah. Sebab bagi aku dengan jarang bermesej atau bertelefon sebenarnya akan membuatkan kita akan lebih menghargai antara satu sama lain. Sebab aku akui aku sendiri seorang yang jarang mesej atau call kawan2 aku tapi tak bermakna aku lupakan mereka. Aku sentiasa ingat mereka yang sentiasa susah senang bersama aku.

Satu lagi, apabila berkawan memerlukan pengorbanan. Perlunya tolak ansur, sabar dan so on. Kadang2, aku sendiri hilang sabar dengan sesetengah sikap kawan2 aku. Biasalah. Manusia mana ada yang sempurna. Ada kekurangan.. dan setiap kekurangan dia tu, pasti ada kelebihan. Aku sendiri pun bukan lah seorang kawan yang baik. Jadi, aku rasa aku tak berhak untuk menghukum. Jadi, kalau aku sakit hati, marah or kecewa dengan sikap sesetengahnya, aku lebih suka mendiamkan diri or bercerita pada seseorang. Kalau dah marah tahap cipan sangat, kadang2 memang aku menangis.. hehehe.. bagi aku, menangis adalah cara aku untuk lepaskan kemarahan. Aku lebih prefer menangis sbb aku ni, kalau marah, ayat main ikut sedap aku je bercakap. Nanti masalah yang kecil, jadi makin besar.. Biarlah orang nak kata aku cenggeng janji aku tak susahkan hidup sesiapa..

Nak tahu kenapa tetiba aku bercakap soal kawan?? hmmm... Baru-baru ni, kawan aku mesej & call aku. Kiranya kawan rapat aku la. First time aku dengar menangis sbb selama ni, dia yang tenangkan kalau aku menangis. Dia dok cerita masalah dia pada aku. Semuanya gara2 insan yang bergelar kawan ni. Kadang2 aku tak faham, kenapa seseorang kawan harapkan kawan dia macam tu, macam ni tapi dia sendiri pun tak berapa nak betul?? Lepas tu, tergamak seorang kawan yang selama ni boleh dikira kawan susah senang keluarkan statement "mulai hari ni, kita buat hal masing2".. Lagi satu"kalau nak cakap, cakap perkara penting je".. Hmm... itu ke sikap seorang kawan? Mungkin kawan aku ada buat kesilapan & dia sendiri tak menyedari. Tapi kenapa tidak dijelaskan. Kenapa menghukum tanpa usul periksa? Bukan kah ini tidak adil pada satu pihak lagi? Tak sedih ke bila ikatan yang terbina bertahun2, musnah macam tu je? Hmm.. Aku bukan nak cakap kawan aku tak salah, sebab aku pun hanya dengar dari satuy pihak. Tak dengar dari pihak yang sebelah lagi. Mungkin, dia pun ada alasan yang tersendiri. tapi kalau betul lah, kenapa boleh jadi macam ni?

Sejahat2 aku pun, sesakit2 hati aku pun, aku rasa aku tak sanggup nak keluarkan statement  macam tu. Tapi tak tahulah suatu hari nanti (Nauzubillah!! mintak2 dijauhkan. Bukankah berdosa memutuskan silaturahim?).. Selagi mampu bersabar, akan tetap bersabar walau pada hakikatnya, kadang2 berbakul2 jugak lah luahan ketidakpuasan hati aku tu (semoga diampunkan dosa2 aku. rasanya dah terlalu banyak bersoseh2... huhu)

So, bagi aku, kalau kita berkawan, tak kisahlah kawan jenis mana pun,  kena banyak bersabar, tolak ansur dan so on.. Kita memerlukan kawan dalam hidup ni walau hanya seorang dan tak kisah la jenis apa pun kawan kita tu. Jangan meletakkan expectation yang terlalu tinggi pada seseorang kawan kerana dia juga seorang manusia macam kita yang tak sempurna (kata2 ini juga ditujukan khas buat diri aku sebagai pesanan penaja).. Bila marah, ingatlah pada kebaikan nya. Perbanyakkan zikir, istighfar n membaca Quran. Moga hati menjadi lebih tenang. Bukan kah bila kita marah syaitan akan melonjak gembira? Tika itu lagi mudah untuk kita dikuasainya. Masa tu jugak2 incik2 S ini akan menghasut kita. Memporak perandakan hubungan kita dengan insan yangbernama kawan.. Jadi jangan biarkan incik2 S ni, melonjak kegembiraan ye... :).. Terimalah kawan kita seadanya.

Satu lagi, ini bagi aku lah. Orang kata dalam persahabatan atau dalam berkawan perlukan kejujuran. Tapi bagi akulah, sometimes kita kena hipoktrik juga. Tapi tengok pada keadaan la. Aku pun tak suka hipoktrik ni tapi kadang2, aku tergolong dalam kelompok tu sbb ada hati yang perlu dijaga. Manusia ni kan unik. Bukan semua boleh terima apa yang kita katakan. Jadi untuk menjaga kerukunan dalam berkawan tu, perlunya ada sedikit hipoktrik. Betul tak?? heheheh.. :) Kalau tak betul pun, its okeh... Sbb itu hanya pandangan aku sahaja...

*Hawt Cheeky Crew, Geng Choka Choki, Geng Budak Tak Matang dan Geng Matrix, korang lah antara kawan rapat aku... susah senang sama2... Moga ukhwah berkekalan untuk selamanya... TERBAIK DARI LADANGlah!!

Wednesday, January 12, 2011

A***** P*********

Alhamdulillah.. masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ni..

Hari ni, aku nak cerita mengenai kegigihan aku membuat kajian sehingga jam hampir 4.30 pagi.. (Pecah rekod. nak buat tesis pun aku tak bersengkang mata sampai macam ni sekali.. heheheh).. Macam ni, semalam (11.02), aku dapat panggilan (macam entry sebelum ni). So, lepas aku imformkan pada my sis, dia ada suruh semak satu blog ni yang bercerita mengenai A* ni. Tapi aku tak sempat nak buka sebab lepas habis jumpa lecturer, aku pergi buka puasa dengan kawan dekat area Sungai Merab. Balik-balik pun, hampir jam 8. Sesudah solat mandi, solat manghrib & Isyak, aku terus pergi ke masjid untuk menghadiri forum. Sesampai di bilik pun jam hampir ke angka 12. So, ingat malas nak bukak laptop nak sekoteh2 sebab dah lewat. Tapi nak dijadikan cerita, bila tutup lampu, mata pulak tak nak pejam. Aku pun duk belek2 hp aku & masa tulah teringat mesej yang kakak aku hantar. Apalagi, bukak lampu, hadap laptop, search!! Mak aii!! banyak betul komen dekat blog tu & semua cerita pasal pengalaman mereka dengan syarikat ni. Aku pun baca la satu demi satu komen. Bila ada je adress or link kat bahagian komen tu, cepat2 aku pergi view.... Oooo.. rupanya dah ramai yang kena tipu dengan syarikat ni. Apa yang diorang alami lebih kurang sama je dengan jalan cerita aku. Call, kena paksa buat bayaran, kena ugut untuk disaman, diblacklist, bekerjasama dengan kemeterian pelancongan, buat pinjaman pendidikan & bla bla bla lagi lah...Diorang ni pun macam aku jugak. Cuak. yer lah masing2 student apatah lagi bila ugut kena blacklist. Siapa yang tak cuak... Dalam aku duk gode2 punya komen tu, aku pun terbaca satu komen2  ni & dapat aku simpulan bahawa:

1. Ada komen dr hamba Allah ni. Dia bagi tahu, "Saya ni bekas pekerja A*. kami memang dah diajar untuk menipu & mengugut lien. Kiranya penipuan koporat la. Tapi sekarang saya dah bertaubat. dah kerja kat pasaraya sebagai cashier". Lebih kurang macam tu lah ayat hamba Allah ni. So, nampak sangat kan yang syarikat ni memang penipu. 

2. Syarikat ni akan menyamar sebagai individu dari Makhamah Putrajaya, Penguam, dari kementerian dan so on dengan tujuan untuk menakut2 kan klien dia.

3. Baru aku tahu yang untuk batalkan keahlian kena dalam tempoh 14 hari! Tapi kenapa bila aku cakap nak cancel, dia bukan nak bagi tahu pasal syarat tapi dia sound aku lagi. Ayat dia " kaya sangat ke, sampai nak burn kan duit macam tu aje"...~ngee~

4. A* ni cakap kat aku, syarikat ni bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Tapi walhal tipu semata2. Bila aku emailkan pada pihak kementerian. Mereka menafikan serta menyatakan syarikat ini berunsur penipuan. bahkan, Kementerina sendiri telah mengeluarkan artikel di laman web mereka yang bertarikh 19 januari 2010 (tak silap aku) yang mana2 individu atau syarikat tidak boleh menyaman individu yang gagal membayar penuh keahlian mereka. So? apa kes diorang nak saman aku? ~ngeee~

5. Banyak laporan telah dibuat tapi tiada tindakan yang diambil. Syarikat ni kira famous sebb polis pun dah boleh hafal. TERBAIK lah!! hahhah

6. A* ni dalam pemantauan Kementerian pelancongan dengan beberapa buah syarikat lagi.

7. Tapi aku tak faham, even syarikat ni tidak mendapat kelulusan daripada kementerian, bagaimana dia boleh beroperasi. berdasarkan komen2 yang aku baca, ada hamba Allah yang kakaknya menjadi ahli dan mendapat diskaun daripada setiap kemudahan yang ditawarkan. Musykil ni.. huhuhuh

So, sekarang aku nak tunggu syarikat ni call aku semula. Sangat menanti2. Masa untuk aku bersoal jawab. Nak tengok sampai bila dia berterusan untuk menganggu gugat hidup aku.. ~Ngeee~ Geram sebenarnya. Hampir 4 tahun syarikat ni ganggu gugat hidup aku. Dari zaman aku matrikulasi sampai tahun akhir di UKM ni pun, still nak ganggu.. Sabar je la... hehehhe.. So, lepas ni kena berhati-hati. Walau bukan A* but be carefull.....Dah sediakan nota kaki untuk bersoal jawab.. hehehehe

Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku

Assalamualaikum..

Hari ni, on day way aku nak pergi jumpa lecturer merangkap penyelia tesis aku, aku dapat satu panggilan... Panggilan ni berbunyi macam ni:  dia nak bg tahu yang dia ni buat panggilan dari makhamah Kuala Lumpur. Nak bagi tahu  yang aku akan bakal disaman oleh semua syarikat sebanyak 10 ribu!! Pergh gila!Ya Allah.. Tuhan je yang tahu masa tu, hilang terus konsentrasi aku nak fikir pasal tesis. Lecturer aku tanya faham tak?? Aku dengan yakin angguk kepala. Walhal, otak dah merewang. Macam2 bermain kat benak fikiran ni. Cuma tinggal jasad je dalam bilik tu. Menitik jugak air mata aku dibuatnya. Ni la kelemahan aku. Mudah sangat, menitikkan air mata walhal benda kecik. Lagi2, bila probs tu baru datang, emosi tak stabil, terus ada yang bertanya. Comform aku bercerita dengan juraian air mata....

Tapi lepas tu, aku cuba poositifkan balik2. Alhamdulillah, kawan2 aku banyak membantu aku untuk terus positif. Mungkin ni ujian yang Allah berikan pada aku. Kadang2, terlalu banayk gelak ketawa. Terlalu seronok sampai aku lalai dengan keperitan, kesedihan, kesengsaraan orang lain & tanggungjawab aku sebagai seorang hamba Allah.. Mungkin inilah bahagian aku. Dan aku yakin, setiap apa yang Allah berikan, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Dan Dia tahu setakat mana kemampuan aku. Allah takkan uji hambaNya melebihi daripada keupayaan hambaNYa... Sebagai hamba, kita perlu banyak bersabar. Kalau diikutkan, apa yang berlaku ni, hanya sedikit ujian daripadaNya. Semoga aku terus diberi kekuatan & kesabaran dalam hadapi ujianNYa...

 “Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)

p/s: Tapi apa2 pun, thanks sangat buat2 kawan aku, GBTM sebab korang sudi mendengar & cuba positifkan serta tenangkan aku. Sampai lepas tu, aku dah boleh senyum semula.. Thanks juga untuk cik Nad. walau anda jauh di mata, tp sy sgt berterima dengan semangat yang awak berikan pada saya ye.. Awak berikan saya kekuatan walau hanya dengan kata2...

Friday, January 7, 2011

Ulang tahun ke 22

~ngee~walalalala :)

Alhamdulillah.. usia aku dah mencapai 22 tahun. alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah... :)
~ngeee~.. cepat je masa berlalu.. Sedar2, aku kini sudah menghampiri ke garisan penamat untuk pengajian di UKM... Walau masih ada beberapa bulan lagi, rasanya kesedihan tu sudah mula terasa...:( Tapi tukan semua adat.. Ada permulaan, pasti ada pengakhiran,, Ada pertemuan pasti perpisahan akan menyusul pula. Sudah lumrah dalam kehidupan ni... Namun, walau apa pun yang berlaku pada masa mendatang, hadapi dengan senyuman.. dengan positif. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita sebagai hambanya..
Semoga dengan peningkatan usia ni, akan mematangkan aku terutama daripada segi pemikiran dan tingkahlaku. walau kekadang  perangai tu macam kanak-kanak rebina (nak buat macam mana, kawan2 pun lebih kurang perangainya)... hehehh.. insyAllah, boleh diperbaiki dari semasa ke semasa... :)... Jangan ada yang terkejut pula nanti aku jadi gadis melayu terakhir.. ahak's... peace no war bebeh!! :)
Thanks untuk semua yang wish my beday,, yang kasi hadiah terutamanya GBTM.... I love u lah!! :)

Wednesday, January 5, 2011

Malam untuk dikenang....

Hadiah-hadiah untuk dibahagi2kan....
kek...nyum nyum nyum......Happy Friensdhip day GBTM (kita sambut awal sikit..hahah)....ngeee... tp something wrong somewhre sikit pada kek tu.. hehehhe... ini kerja si ucu...ucu!!! ngeeee..... sudah laama merancang & alhamdulillah. akhirnya terlaksana jua....
 Santapan pada malam kejadian.... Thanks kepada semua yang mengsponserkan makanan & juga perut untuk diisi ye... :)
 Hak milik aku.. hahahha.....(yang tepi sekali,  kotak berbalut kuning 2, pemberian "mak" a.k.a. kak siti, berbalut hijau, "acik" a.k.a min, belang2 merah tu pulak "kak long" a.k.a naurah. Yang ada gambar bear tu "adik" a.k.a zati dalam kotak hitam tu pulak, "ucu" a.k.a zuzu.. cantik lagi berbungkus......
-
-
-
-
-
-
-
jeng jeng jeng!!!!
cak!!
 Ni lah hadiah pemberian mereka semua......:)... thanks ye kawan2 ku.....
ini hadiah dari kak siti,,, katanya, ini pulak untuk hadiah birthday....
-
-
-
-
cak!!

thanks akak!!!

Rasanya berbaloi dalam sejarah, sepanjang hampir 3 tahun aku menjadi warga UKM, bersama acik meredah hutan lebat dari ukm-sungai merab-putrajata-serdang-warta-ukm... redah kasi kuyup lah!!!Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua (GENG BUDAK TAK MATANG), berkekalan selamanya.... Hingga hujung Nyawa.. InsyAllah... amin...... Good luck & all the best semua... may Allah bless all of you!!! Sekali lagi, thanks untuk hadiah2.. sangat terharu apabila menerima & mebaca kad2 tersebut....
* selamat ulang tahun ke 22 untuk diri ini... semoga semakin matang nyer... :)
happy birthday juga untuk acik (31.12) yang ke 22 & kak long (28.12) ke 21.... :)

Saturday, January 1, 2011

New Year Story... Im so excited....! Part 2

So, nak sambung cerita, kami semua volunteeer dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri drpd 11 - 15 orang and then dibagikan kepada 3 trip.. group aku trip yang ketiga bersama beberapa orng group lagi. Tamat je persembahan bungan api, kami semua bergerak menuju ke Bukit Bintang. Tapi masyAllah... saat tu rasa macam nak pengsan je untuk merempuh ribuan manusia yang berarak dr klcc untuk ke mana tak tau. Dengan perbagai ragam & gaya. Yang berambut merah ala-ala punk (memang pun), yang membawa anak kecik, dengan manusia2 yang memakai cekak rambut ala-ala tanduk syaitan macam ala bagai, foreigner, melayu, cina, semua ada.. lengkap malam tu. Kami terpaksa mengharungi ribuan manusia tu dengan  mambawa keratan akhbar, bookmark n pamplet untuk diedarkan kepada kumpulan sasaran ketika di bukit bintang nanti. Beberapa kali perjalanan terpaksa dihentikan kerana ada group yang stuck dlm ribuan masuk tu. Sesampainya di hadapan klcc, hanya ada 2 group je. Maka, kitaorg perlu tunggu group yang lain. Bimbang tersesat dlm ribuan manusia apatah lagi tidak tahu jalan ke BB. Sesampai nyer di bukit bukit bintang, kami ditinggalkan oleh volunteer2 abim tp pd jam 2 suku perlu tunggu di tempat yang dilepaskan. wah.. Seriously aku cakap, sepanjang aku kat sana, tengok manusia2 berpesta, meneguk arak, menjerit, melompat, aku sendiri tak tahu apa yang mereka nak sebenarnya pada malam tu. apa motif mereka mereka. Sepanjang jalan aku terpikir. Firstime la aku tengok suasana macam tu dengan kiri kanak kelab malam penuh dengan manusia terkinja-kinja berjoget berkumpul dn teguk arak.Macam2 lagi lah keadaan dengan mak rempitnya, pemandu2 di jalan raya ynag buat peel masing2. tapi entah macam mana, aku dan beberapa ahli kumpulan aku terpisah. Ya Allah. Cuak juga time tu. Jam pulak menunjukkan pukul 2 pagi. Yang tinggal cuma 4 perempuan (termasuk aku) dan seorang lelaki. Adik tu memang dah tak berani nak kemana-mana time tu sbb bimbang orang mula keluar dari club dari keadaan mabuk. Yerlah, dio sorang lelaki nak bake up 4 orang perempuan. Bimbang ada somethingbad happen berlaku... walaupun  kitaorang tahu group kitaorang menuju ke 7eleven BB. Lastly, kataorang decide tanya polis( polis tu hensem..haha.. saat terpandang ingat kat zubaidah...wakakak).. Kena ceramah lah jugak dengan polis tu. Sbb diorang takut kitaorang diapak2 kan sbb cara kitaorang berdakwah tu agak secara terang-terangan. So, dia suh kitaorang cover-cover. Lastly, kitaorang decide untuk tunggu ahli group yang lain di hadapan MACAU. tempat yang kitaorang dilepaskan pada awalnya.. Akhirnya, kitaorang dapat la berkumpul berkumpul semula and menuju ke Masjid Asy-Syakirin. Malam tu, kitaorang sempatlah borak2 dengan beberapa orang hamba Allah. Kami dah buat mana yang termampu & terpulang kepada mereka untuk fikirkan. semoga hidayah Allah menjadi milik mereka dan juga kita...

Dalam odw balik ke masjid tu, sepanjang jalan nampak remaja2 mula melepak. Walau kena halau dengan pak guard2 kat klcc, still maintan.. tekad betul kan?? huuuhu.... Tapi mcm aku cakap td, aku sampai la ni tak faham awat la depa suka sangat keluaq time2 lagu ni?? huhuhuh... Entah pi mana ntah mak pak depan pun aku tak tahu..

Sesampainya di masjid jam 3 pagi (group aku) ada qiamullai & solat subuh... Program seterusnya Sabtu pagi, setiap group berbincang  dan fikirkn cadangan daripada apa yang diperoleh pada pg tadi...
Lastly, lebih kurang jam 9 suku, aku & GBTM meninggalkan masjid & kembali ke ukm....

Pengalaman yang sangat berharga, First time aku menyambut tahun baru dengan cara tu. Rasa gembira & teruja sebab dpt berdakwah untuk Islam... Allahuakbar!! Tapi sedih melihat orang-orang melayu kita yang beragama Islam dalam keadaan memabukkan, berdua2 & macam rupa lagi......Seingat aku, masa nak cross jalan, kami perlu rempuh manusia, ada remaja2 yang cakap. Ni baru habis study ke??? Yer la tengok kitaorang bawak surat khabar.. syegal betul la... member aku jawab, "a'sh.. nak study korang.."hahahha


*Naurah, Afiqah, Nor, Umi, Atiqah(UPM), Shuhada(UPSI), Khir, Faizul, Zul, & Halim (UIA) , thanks untuk kerjasama.. heheh... Hopefully lepas ni bertemu lagi dlm program seumpama ini.. heheheh... Untuk adik2 lelaki, thanks la menjaga akak2  semua dengan baik.. tanpa korang, rasanya memang agak huru hara mungkin...:)..kredit untuk korang..;)

* teringat dekat Dr Fauziah masa kitaorang buat program tu. beliau selalu cakp, korang g la bukit bintang tu... hahahah... Kami dah pergi Dr... Rasanya saya tak sanggup lagi nak pergi..hehhehe.. Tengok manusia yang perbagai rupa...:(.. tapi kalau diberi peluang lagi untuk berdakwah, mendekati remaja2 bermasalah khususnya, sangat dialu2... kita redah aje...:)

New Year Story... Im so excited....!

assalamualaikum..
Penat... baru sahaja menapak di bilik tercinta.. heheh.... Semalaman tidak tidur, kalau tidur pun tidur-tidur ayam. Ditambah lagi perjalanan yang jauh dari klcc-kl sentral-ukm... Penat tetapi keterujaan mengatasi segalanya. Alhamdulillah. Program yang aku & dan rakan-rakan join semalam berjalan lancar iaitu Program Jejak Remaja Metropolitan sempena ambang 2011... Sangat interesting & pengalaman baru bagi diri aku & jiga kawan-kawan. dan aku rasa, inilah sambutan tahun baru yang bermakna bagi diri aku. Selalunya, tahun-tahun sebelum ni, bila tahun baru aku hanya duduk menonton tv bilik/rumah dengan rancangan hiburan yang entah apa-apa. Yang bagi aku tidak menyumbangkan apa-apa pun (mungkin itu hanya pada pandangan aku shj.) Akhirnya, aku tekan suis off pd tv tu dan tidur!!
Tapi kali ini, sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum nya. Aku & 5 orang lagi rakan aku telah menyertai program abim yang macam aku cakap td.. Seawal jam 10.30 pagi jumaat, aku & kawan2 aku telah bertolak dari kajai untuk mengisi perut di ktho. Jam 12, kami bergerak dari ktm ukm menuju ke kl sentral dan seterusnya menuju ke klcc. Dari klcc, perjalanan diteruskan ke masjid Asy-Syakirin. Dalam perjalanan ke sana, 2, 3 kali jugak la sesat jalan. tapi alhamdulillah hampir jam 2 petang, kami sampai di sana. Lebih kurang jam 3 petang membuat pendaftaran & seterusnya terdapat sedikit taklimat daripada orang2 kuat abim. antara taklimatnya, bagaimana kami ingin approach remaja atau sesiapa sahaja yang akan kami temui pada pg  sabtu nanti. Seterusnya, kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil. Alhamdulillah jugak, majoriti ahli kumpulan aku adalah pelajar2 ukm yang merupakan pelajar FPI. selain itu, ada sorang student dari UIA, UPM & UPSI. nasib baik la, adik2 lelaki dalam kumpulan aku tu agak peramah. Kalaun nak harap aku & gurl2 yang lain, rasanya sunyi sepi je.. heheheh. Kebetulan, salah seorang drpd adik2 lelaki tu merupakan junior kepada kawan aku. Itu yang ramah tu.. Heheheh....
Selepas itu diadakan solat maghrib & isyak berjemaah...lebih kurang pukul 9 malam ada forum. Panel nya terdiri daripada ustad zul (pengacara imam muda) & sorang lagi aku tak pasti. Manakala, moderator nya pulak, ustad fauzi (jus tok guru).... Yang bestnya, ada persembabahan nasyid daripada kumpulan UNIC dan jugak Ammar...Sementara menunggu untuk menjalankan aktiviti kami iaitu mengedarkan risalah & memberi sedikit nasihat?kesedaran & juga untuk menjalankan survey, bacaan selawat diadakan. Jam 12 tepat, letupan bunga api dari menara klcc. First time aku rasa aku tengok live macam ni.. sangat seronok & teruja... tapi memandangkan ada tugasan yang lebih penting, aku tinggalkan...its okeh..never mind..heheh