ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Saturday, March 10, 2012

Sendu di mata itu

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih diberi kesempatan untuk menulis entry kali ini.
Meluahkan pandangan, pendapat, idea dan apa yang saya rasakan..

Saya pasti, semalam (9 Mac) pasti hati sesiapa sahaja yang membaca suratkhabar menegenai kisah seorang ibu yang ditinggalkan di hotel bajet di ibu kota tersentuh hati. Saya pasti juga ramai  yang tidak berpuas hati dan juga mungkin memaki hamun anak warga emas tersebut.  Apabila melihat tangisan wanita tua tersebut sahaja hati menjadi pilu apatah lagi untuk membaca kisah yang terjadi padanya. Namun, ketika membaca artikel tersebut, saya terfikir.. Betul ke anak warga tua tersebut meninggalkan ibunya?? Bagi saya, kalau dia ingin meninggalkan ibunya, kenapa harus dibawa ibunya bersama ke Kuala Lumpur? Kenapa tidak dia tinggalkan saja ibu dia di kampung? Atau mungkin anak warga emas tersebut ditangkap dan ditahan penjara?? Bermacam andaian bermain di fikiran saya. Tapi hati saya sukar untuk menyatakan bahawa dia sengaja meninggalkan ibunya.... Namun itu semua hanya apa yang saya rasa...

Hari ini (10 Mac), di muka depan Harian Metro sekali lagi kisah warga emas ini tesiar yang menulis "Saya sayang mak"... Rasanya semua tahu apa yang diperkatakan....
Namun, apa yang ingin saya kongsikan disini ialah kisah yang terjadi ini mengingatkan saya pada seseorang..

Ada sendu di mata itu
Semasa saya menjalani praktikal di salah sebuah JKM di Pahang, saya terlibat dalam urusan membawa seorang warga emas ke rumah warga emas yang terletak di Perak.. Saya difahamkan oleh pegawai yang bertugas bahawa warga emas yang saya panggil nenek ini tidak mempunyai anak dan telah kematian suami. 
Nenek ini dirujuk ke JKM atas bantuan jiran tetangga yang prihatin dan simpati dengan nasib nenek ini yang semakin tua dan tidak berdaya apatah lagi tinggal berseorangan.

Saya akui bahawa saya seorang yang sangat berjiwa sensitif. Tatkala melihat nenek tersebut berpelukan dengan jiran-jiran yang telah dianggap seperti saudara sendiri itu, hati saya tersentuh.. Melihat lambaian dan air muka yang mencerminkan kepiluan dan kedukaan di setiap wajah jiran tetangga nenek tersebut, saya hampir menitiskan air mata. Namun saya tahu bahawa saya perlu tabah dan membendung perasaan saya dikala itu. Disaat kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah nenek tersebut, tangan nenek yang kian tidak bermaya itu melambai-lambai ke arah jirannya.. Suasana ketika itu terlalu sepi bagi saya.. Bagi meluahkan apa yang terbuku di hati saya saat itu, saya bertindak menghantar massage kepada rakan saya. Apa yang dirasa, saya luahkan dan alhamdulillah, kata-kata semangat dan nasihat dari sahabat saya, saya jadikan sebagai penguat...

Semasa makan tengahari dan berdua duaan dengan nenek tersebut, saya berborak. Amat sukar untuk saya fahami pertuturan nenek namun saya sedaya upaya untuk memahaminya. Apa yang saya tahu, nenek sering menyebut tentang anak lelakinya yang bekerja sebagai tentera. Telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang cucu. Daripada penghayatan saya sepanjang nenek bercerita, saya dapati seolah-olah nenek sering bertemu dengan cucu serta anak nya. Nenek bercerita dengan penuh bersemangat tentang anaknya yang bergaji besar, menantunya yang baru sahaja membeli rumah dan anak nya yang berpindah mengikut isteri. Saya seronok mendengar cerita nenek tapi yang mendatangkan kemusykilan di hati saya, adakah anak nenek tahu bahawa nenek akan dihantar ke rumah warga tua?? Mengikut daripada apa yang diceritakan nenek, anak nenek tinggal di sekitar Perak juga.. Apakah anak nenek akan melawat nenek nanti?? Kenapa dia tak nak menjaga nenek?? Tapi segala persoalan tersebut saya pendamkan dalam hati sahaja. Tak tergamak saya untuk bertanyakan pada nenek. Namun, sepanjang nenek bercerita, saya terperasan pandangan mata nenek. Walau nenek bercerita tentang anaknya dengan nada gembira dan ceria, tapi ada kesayuan di mata nenek.. Ada sendu di mata tua itu. Seolah-olah apa yang nenek ceritakan pada saya tadi, hanya sekadar untuk menjaga maruah anak nenek di mata saya...  Saya tidak pasti sebenarnya adakah nenek betul2 mempunyai anak atau sebaliknya. Andai benar mempunyai anak, saya tidak berani untuk menyalahkan mana-mana pihak sehingga nenek dihantar ke rumah warga tua kerana saya tidak mendengar cerita yang sebenarnya dari kedua2 pihak...  

Namun apa yang saya ingin perkatakan disini, kisah ibu yang ditinggalkan anak di hotel bajet tersebut, benar2 mengingatkan saya pada nenek. Walaupun hampir 8 bulan yang lalu kenangan saya bersama nenek, namun saya masih terbayang dan terkenangkan pandangan mata nenek yang bagi saya penuh dengan kepiluan..
Harapan saya, andai nenek benar2 mempunyai anak, semoga anak nenek akan membahagiankan nenek sehingga ke hujung nyawa nenek...


Renungan Bersama :
Hargai lah dan kasihi la ibu bapa sementara mereka masih ada. Bahagiakan mereka selagi termampu dan terdaya. Taatilah segala perintah dan suruhan mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak.. Semoga kita  tidak tergolong dilkalangan insan2 yang menderhaka kepada kedua ibu bapa kita..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Redha Allah bergantung kepada redha dua ibu bapa.  dan murka Allah bergantung kepada murkha kedua ibu bapa"


Huraian
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 
  (sumber: http://ii.islam.gov.my)


                                                           (sumber adalah mr google)