ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Thursday, December 30, 2010

Misi Sebelum 2010 berlalu...

Hanya beberapa hari lagi sebelum 2011 muncul. 
Ada satu misi yang perlu aku laksanakan sebelum berlalunya 2010..huhuhu
Misi untuk
 "cakap lagi terang bersuluh guna sportligh, kalau tak cukup lagi guna lampu jalan" 
untuk bagi faham kepada "dia"2 yang tidak faham faham hint2 yang aku berikan.. hehheheh..
Masih berbaki seorang lagi yang perlu dijelaskan & diterangkan. 
Perlu diterangkan walau apa pun yang berlaku..
Prinsip2 tetap prinsip..

Sunday, December 26, 2010

Main Snow + Terima kasih cinta

Jeng jeng jeng...wahahahahha
Akhirnya dpat juga masuk main snow walau sekadar di Genting..hahahah
Tak real pun tak pe, janji dapat main..hahaha
Tercapai sudah satu keinginan...
Lepas ni nak cari sesiapa pulak yang nak belanja main ice skating..:)

Tengok ASK tak???
Hahahah.. bukan nak cerita siapa pemenangnya. Tapi ada sesiapa tak yang nak sponder sy tonton teater musikal terima kasih  cinta. Ada tak?? ada tak??!!
Adalah.....

Thursday, December 23, 2010

Smile..Tips untuk interview...

Senyum seindah suria
membawa cahaya
senyum dari hati dunia mu berseri...
senyum..
kepada semua...
(entah betul entah tidak lirik ni...hahahha)

Hari ni macam biasa memulakan hari dengan senyuman..chewah...
Aiseh... tapi bila nak masuk tengahari, senyuman mula berkurang..(faktor cuaca kot.. mendung..hheheheh)
Ngeee..... Sabar je... Kesabaran hampir menipis, kemarahan hampir melatus... Tapi alhamdulillah masih mampu bertahan...smile  :)

Hari ni masuk kelas ke 3, means kelas terakhir untuk minggu ni. Apa yang dapat?
Sangat berharga.. iaitu tips untuk temuduga kerja...antaranya:

1. Confident
kalau penemuduga tu tanya, jawab je lah dengan yakin walau korang tak yakin betul atau korang yakin memang tak betul. heheh

2. Berlakon
Berlakon la sikit. Jangan lurus bentul sangat. Bukan lama pun nak kena berlakon. at least, setengah jam je kot. Kalau tak pandai berlakon, lecturer aku cakap, "duit PT dah masuk, pergi tangok wayang"..hehehe

3. Peramah
Jangan la pendiam sangat. Sepatah tanya, sepatah jawab. Tapi jangan lah terlebih peramah pula. Mual pula penemuduga tu tengok. Ntah-ntah, baru korang bangun nak keluar, terus diorang blacklist..hahahah

4. Berilah jawapan atau guna perkataan yang menampakkan akademik. Jangan lah guna ayat-ayat terlalu pasar. Belajar bertahun-tahun, tapi bahasa? Bak kata Nabil;, "lu pikir lah sendiri". beri jawapan biarlah logik. Menampakkan yang kita ni ada pengalaman dan berilmu.

5. Provok
Penemuduga ni memang suka provok. Saja nak uji kita. Kalau kita cepat melatah, insyAllah diorang fikir banyak kali nak amik kerja. so, jangan cepat melatah. (Part ni, aku kena praktis lebih sikit, sbb aku ni pantang kena cucuk. kalau ada termometer sebelah aku, comform suhu naik 110 celcius)..heheheh

6. Senyum.
Senyum. Ni yang penting.. Hahhahah.. Walau korang menyampah tengok penemuduga tu, senyum la... walau tak ikhlas. Muka tu jangan masam kelat je.. nanti penemuduga pun tak kesior nak menegok muka kamu, apatah lagi nak amik sebagai pekerja...heheheh

So far, ni je yang aku ingat. Coz masa lecturer bercakap, buakan aku catatt pun. daydream lebih kot.. Kalau tak daydrean sehari, tu bukan aku namanya...peace no war..daa...

Wednesday, December 22, 2010

Perut kenyang, hati senang

Asal tetiba pula  senang hati erk???
heheheheh.....:)

Mana nya tak senang hati coz hari ni semalam (time aku tulis ni masuk hari lain da..hehe)ada orang belanja..kui kui kui...Bukan sbb ni first time orang belanja tp sbb dapat save duit. Maunya, sepanjang cuti sem ni tuan empunya badan ni malantak macam tak hingat dunia. So, bila dah masuk sem baru ni, nak makan  kena fikir banyak kali (makan tengahari merangkap makan malam pun semalam, cuma laksa..huhuhu...p/s: sila bersyukur dengan apa yang anda ada!) Takut lari bajet katakan. Lagi-lagi untuk semester akhir ni. adoiya. Banyak benda yang nakdiperuntukan...
P/s: Kepada yang membelanja dan sesiapa yang  belanja tu, ingat la orang kat sini ye..heheheh..
      Terima Kasih daun keladi
      Nak belanja makan sila ajak lagi

Semalam first class. Kelas Puan Nurul. Sangat seronok. happening gitu...:)..5 bintang la Puan Nurul! Good job!! Kalau kelas macam ni, aku gerenti! aku takkan ponteng kelas (sebelum ni aku ada ponteng ke???heheh..), takkan daydream dalam kelas lagi... heheheh
P/s: Next class kita buat macam tu lagi. Tak payah belajar sampai habis sem pun tak pe..hehehhe..

Friday, December 10, 2010

Unexpected..

Unexpected!!
i just can say that..
1 more thing,
Alhamdulillah.. thanks Ya Allah...:)
Aku dah berusaha sedaya yang boleh, dan mungkin ini hasilnya...
& aku terima seadanya....
1. Usaha
2. Doa
3. Tawakal 
4. lltizam
Itulah yang aku amalkan...
Sebab itu, biarlah seteruk mana pun result aku, aku terima seadanya..

Wednesday, December 1, 2010

Yeha... Bab 1 on day way..

Alhamdulillah...
Sampai saat ini masih diberikan kesihatan yang baik dan diberi peluang bernafas di bumi Allah ini...
alhamdulillah, Latihan Ilmiah untuk bab 1 hampir siap... yup.. cuma perlu tambah sedikit lagi untuk lengkap kan dan hantar kepada penyelia sebelum diberi komen. 
Bab 2 pula, masih dalam proses..
Walau pun masih sedikit, tapi alhamdulillah, masih berjalan proses menyiapkannya.. Harap-harap, sebelum semester baru bermula dapat menyiapkan sehingga bab 3 hendaknya...
Sebelum memulakan percutian bersama keluarga Khamis ini, Bab 1 perlu diemail kan..
apa juga kritikan atau pun komen, perlu diterima seadanya 
Moga, aku dapat menghasilkan yang terbaik..
Walau pun sangat stress, tetapi perjuangan perlu diteruskan..
gambate!!