ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Wednesday, January 14, 2015

Selamat Ulang Tahun Sayang





Alhamdulillah. Beberapa hari yang lalu umur saya bertambah lagi!!
Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk berada di bumi Allah ini.
Alhamdulillah dan terima kasih atas ucapan dan doa yang telah diberikan kepada saya.
Alhamdulilah. Terima Kasih Ya Allah atas rezeki dan nikmat yang telah diberikan sepanjang 20 tahun dan lebih lebih dan lebih saya hidup di dunia ini..

Alhamdulillah, pada hari kelahiran saya yang lalu, saya berjaya juga melunaskan impian saya.
Keinginan yang terlalu lama saya pendam semenjak saya meninggalkan alam universiti.
Keinginan yang saya saya tangguhkan akibat kesuntukan waktu dan komitmen diri.
Dan pada ulang tahun kelahiran saya yang lalu, saya gagahkan juga diri ini.
Saya tekad, biar apa yang berlaku saya harus lakukan kerana saya terlalu merindui semua itu.
Saya harap, ianya sebagai permulaan 2015 dan sebagai permulaan yang tiada pengakhirannya. Insyallah...

Alhamdulillah. Akhirnya keinginan saya untuk berjemaah di masjid tercapai.
Ya!! Saya terlalu merindui suasana tersebut. Sembahyang berjemaah. Mendengar kuliah. Mengisi waktu antara maghrib dan isyak dengan mengaji. Saya rindu untuk berjemaah di masjid bukan hanya pada bulan Ramadhan atau apabila ada sambutan tetapi hari-hari biasa jua. Rindu untuk dikelilingi sahabat sahabat yang sentiasa mentarbiyah saya ke jalan Allah. Rindu untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang ukhwahnya terjalin kerana Allah...

Dan saya pulang dengan senyuman. Saya pulang dengan kepuasan. Moga ianya menjadi permulaan yang tiada pengakhiran. Istiqamah insyallah :)

#terima kasih bos belanja kek dan hadiah :)
#terima kasih semua atas ucapandan doa-doa kalian #adikberadikkesayanganbeta #makcipakcikkesayanganbeta #sahabathandai #sanaksaudara #semuasemua


Selamat Ulang Tahun Kelahiran YUYU





Thursday, January 8, 2015

Satu Bulan Satu Kali

Azam tahun ni nak aktif berblog...
Tapi nak rangkumkan satu cerita dalam satu entry...
Tiap bulan nak post satu entry..
Boleh tak? Boleh takkk???
*weng weng

Salam Maulidur Rasul

Erk... harini dah masuk 17 Rabiul Awal.. Sempat lagi tak?
Tak sempat pun tetap nak sempatkan jugak.. heheh

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam walau dimana sahaja anda berada.... =)




pinjam gambaq dari en.google sat na.. hehe


Sunday, January 4, 2015

Bersabar dan Bertabahlah dengan Ujian Ini..

Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi sehingga hari ini masih berkesempatan menumpang dibumiNya ini..

Pejam celik pejam celik, kita sudah memasuki tahun 2015..
meninggalkan 2014 yang penuh kisah suka dan duka. Dan dipenghujungnya negara kita dikeutkan dengan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang akhirnya disahkan terhempas dan mengorbankan semua nyawa. Dan sebelum itu, negara kita dilanda musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri yang semestinya dianggap fenomena biasa kerana lazimnyabanjir sinonim dengan pantai timur pada musim tengkujuh.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memukul. Semestinya saya yang pernah menjadi mangsa banjir pada penghujung 2013 yang lalu, memahami rasanya menjadi mangsa banjir. Dan saya yakin, penduduk kelantan khususnya sudah biasa dengan situasi ini. namun banjir yang berlaku pada kali ini pastinya menjadi suatu kenangan dan pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan. Sesungguhnya maha hebat ujian yang menimpa mereka.

Namun, biar apa pun yang berlaku, biar apa pun yang terjadi, percaya dan yakin lah setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Kalian adalah insan-insan yang diuji Allah SWT adalah insan-insan yang terpilih kerana kalian cukup istimewa. Kalian diuji dengan ujian yang tidak semua orang mampu lakukan. Biarpun kalian kehilangan harta benda waima kehilangan nyawa, kalian masih mampu untuk tersenyum.

Bersabar dan bertabahlah kalian semua. Insyallah ada kemanisan yang menanti kalian. Insyallah..
Teruskan melangkah dengan penuh harapan dan kebergantungan kita Allah swt...Sesungguhnya disetiap kesulitan itu ada kemudahan....

Selamat datang 2015 dan Salam Maulidur Rasul..

Wednesday, December 17, 2014

Bersangka baik + Positif = Good

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, kita semakin menghampiri penghujung 2014..
Banyak kisah sepanjang 2014 ini. Kisah suka dan duka yang pastinya memberikan pengalaman dan kenangan yang indah. Biar apa pun terjadi, kehidupan ini seharusnya diteruskan. Teruskan melangkah dengan harapan kerana Dia sentiasa di sisi kita.

Mengimbau masa yang lalu, bersyukur lah kerana kita masih bernafas sehingga ke saat dan detik ini. Jadikan setiap saat dan masa yang berlalu itu sebagai kenangan dan pengalaman yang mematangkan serta mendewasakan kita. Pengalaman itu adalah guru yang terbaik. Jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran dan panduan unutk menghadapi hari hari mendatang.

Hidup itu indah. Pengalaman itu indah. Kenangan itu indah. Semuanya indah jika kita pandai untuk menjadikan ia indah. Biar pun kenangan atau pengalman itu pernah membuat kita menangis, meratap suatu ketika dulu, tapi percayalah semua itu juga akan membuat kita senyum suatu masa nanti..

Lalui kehidupan ini dengan positif dan bersangka baik. Didik hati, didik akhlak dan peribadi menjadi yang baik-baik sahaja.... Insyallah semuanya akan menjadi naik-baik sahaja

Salam sayang, salam rindu.....

Saturday, June 14, 2014

LEXEE

Assalamualaikum dan selamat petang...

Petang petang ni nak promote satu produk sikit... heheh
Bukan saya yang jual tapi kawan saya
.. Saya dah guna produk ni dan memang MEMUASKAN. SELESA sangat!!! Kalau tak best saya takkan syorkan tau.. hehh
Nak tau produk apa tu???



jeng jeng jeng...!!!







kalau berminat boleh pm.....

Solat Patuk Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan, peluang dan ruang untuk terus bernafas dan berkongsi sedikit ilmu....

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Antara kesilapan yang sering berlaku di dalam solat ialah pengabaian rukuk tumakninah. menurut bahasa arab, perkataan tumakninah berasal daripada perkataan tenang dan tetap.

Abu Qatadah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda;

"Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya"

Lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?'

Rasulullah saw menjawab, "Orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, atau tidak diluruskan punggungnya sewaktu rukuk dan sujud"(HR Ahmad, Thabarani, Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

Maksud tumakninah dalam solat ialah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut. Dalam erti lain, tumakninah ialah berhenti seketika dalam keadaan tetap semua anggota badan sehingga cukup masa untuk membezakan antara perlakuan sebelum dan selepasnya.

Ustaz Ismail Kamus menerangkan dalam buku Indahnya Hidup Bersyariah, tumakninah bermaksud berhenti sebentar, sekadar sebutan `subhanallah' dengan anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan.

Definisi anggota berat ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kedua kaki hingga ke pergelangan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tumakninah. Ini bersesuaian dengan para ulama syafi'iyah yang memang mengembalikan makna gerakan banyak itu kepada kebiasaan pergerakan lazim iaitu tiga kali gerakan atau lebih secara berturut-turut. Pengertian berturut-turut ialah suatu gerakan yang bersambung dengan gerakan yang lainnya.

Anggota ringan pula ialah seperti jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solat tetapi makruh melakukannya. Tumakninah merupakan sebahagian daripada rukun solat. Meninggalkan atau mengabaikan boleh membatalkan solat. Malangnya ramai di antara kita tidak menyedari kepentingan menjaga tumakninah, akhirnya solat yang didirikan itu seumpama solat "patuk ayam". Sekiranya itu berlaku bukan sahaja merosakkan solat, tetapi dikhuatiri boleh membatalkan solat dan solat menjadi tidak sah. Apabila ini berlaku, perbuatan solat yang dikerjakan itu menjadi sia-sia. Dalam erti kata lain, solat itu boleh diperkira hanya sebagai senaman tonggangg-tonggek semata-mata sahaja...



                                                         sumber gambar: encik goggle

sama-sama kita renung renung dan fikir fikirkan...
yang kurang kita tambah dan perbaiki,,,