ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Monday, February 14, 2011

Misi Bantuan Mangsa Banjir di Johor

Alhamdulillah,
(Picture ni aku amik kat fb Ikatan Kerja Sosial Malaysia)


4 Feb...
Dengan izin Allah SWT akhirnya, aku dan budak2 Social Work (SW) lain, sampai juga ke Pagoh dalam misi membantu mangsa banjir di sana.. Masa kami semua sampai kat sana, banjir dah surut. So, tugas kami membantu membersihkan rumah2 mangsa, balai raya, masjid n so on.....
Perjalanan bermula hampir 4 petang dari UKM ke Pagoh, Johor. Sampai kat sana iaitu dewan Kampung Kundang Ulu lebih kurang jam 7 petang... Situasi seperti yang tak dijangka... Ialah, 1st experience katakan... Tapi alhamdulillah. walau pun tidur dalam dewan yang bercampur dengan lelaki tanpa sebarang tirai, tp dapat atas tidur atas katil (lbh mcm stretcher kot.. heheh).. hahah..
Act, bukan setakat student SW tapi ada juga PALAPES, PERMAJ dan Urusetia Unit Kebajikan yang turut serta. So, malam tu, tugas aku dan rakan2 senior SW yang lain sediakan makanan untuk breakfast.. Hahahah.... Nasib la siapa yang makan sakit perut tu.. Bukan calang2 orang yang dapat rasakan hasil sentuhan tangan aku... Sukarelawan2 yang lain pula, pergi bersihkan rumah imam kat sana..

5 Feb
Sukarelawan2 dibahagikan kepada 2 tempat. Group aku pergi ke Liang Batu. Membersihkan masjid, balai raya, dewan n pelbagai lagi kat sana.. Kami semua dekat sana hampir jam 4 petang jugak la. Sebelum balik, sempat singgah rumah depan masjid tu. Tuan empunya rumah mohon cuci pinggan mangkuk... hehehe..
Tapi dugaan betul buat aku, Dalam nak buat kerja sukarelawan, time tu la jugak kena migrain+sakit perut(masuk angin)+tangan kena kaca.. Adoiya... Memang sangat2 menguji. Kalau tak difikirkan tujuan aku ke sana memang nak membantu, memang dah lama aku out.. tapi sebab ingat akan tujuan yang satu tu, kuatkan jugak semangat... Walau pun, last2 aku buat kerja2 yang simple2 je... sangat tak berdaya.... Tapi yang penting, masih gelak2 lagi.. bak kata sorang adik junior, "Kak tiqah ni, sakit dengan tak sakit, sama je".. hahaha.. Walhal, tak tahu, kalau kat rumah/bilik,  memang dah lama aku menangis kesakitan,, hahahah. balik je dari kerja2 pembersihan aku pun apa lg, mandi, telan ubat terus tidur.. hehehe... Kawan2 yang lain duk tolong prepare makan malam, aku senang lenang tidur.. heheh
Malam tu, tiada sebarang aktiiviti yang dilakukan. Memenuhi permintaan teman yang ingin ke taman permainan. So, kita layan... Lepas tu, lepak2 kejap kat kedai makan, hampir pukul 10, balik dewan layan cerekarama Ampunkan Daku... heheheh

6 Feb
Hari terakhir di Pagoh. Sesudah breakfirst, kemas2 barang dan menuju ke Tangkak. Ke Kampung Pendang Hulu tak silap aku. Disana, dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Group aku dihantar ke sebuah rumah ibu tunggal . Tak banyak sangat pun kerja. Sebab mangsa dah siap kemas. Cuma minta bantuan untuk dicuci pinggan mangkuk. Lepas selesai,pergi ke surau kampung tu. Atas permintaan untuk membersihkan stor surau dan peralatan dalam tu. Tapi masalah tekanan air rendah agak menyukarkan operasi pembersihan..

Hampir pukul 3 petang bertolak pulang ke UKM..
Balik2 bila mandi...Aduh!!! sakit woo bila terkena sabun. Baru perasan tangan2 ni penuh dengan luka kecil masa buat kerja pembersihan.. But, its OK!

* Thanks to Dr Fauziah yang belanja aiskrin untuk semua. Walau tak makan sekali sbb migrain... hehehe
*Thanks untuk adik2 junior SW. Miena 4 ur minyak but but dan Ekin untuk minyak angin tu.. Untuk adik2 junior yang lain jugak. Ida, Hawa dan so on.. Ecah juga. Thanks 4 d cadburry.. Next time, belanja akak lagi ye...
*Kawan2 ku. Yang bermurah hati kasi pinjam kain batik, kasut sport, gilir2 tidur atas katil (Ana), kasi guna shampoo (zu) & yg lain2 (emmie, naurah, za, mah n nazri)
*Dr Fauziah, Dr Lukman yang sporting.. heheh.. Encik Dahlan juga yang suka mem"famouskan" aku... heheh
*Thanks untuk semua. Pengalaman pertama menjadi sukarelawan banjir... walau pd hakikatnya, tujuan kami ni para senior ke sana untuk memantau adik2 junior. Thanks again Dr Fauziah yang memilih aku untuk turut serta dalam misi ni. Walau pada asalnya tak nak join sbb tesis tak siap lagi. tapi, bila lagi nak merasa kan?? ni dah last year....

Tapi ialah, dalam tu pasti ada menyakitkan hati. betul tak?? Hmmm.. Just aku nak kata, walau SW bukan seperti course2 lain yang gah, tapi sometimes, dengar lah suara hati kami. Walau kami pergi dengan menumpang, dengarlah pendapat kami. Dan yang paling aku tak suka, jangan perguna n perkotak katikkan kami untuk kepentingan yang lain... Kami pergi kesana atas dasar sukarelawan bukan atas dasar paksaan untuk kerahan tenaga. Sila faham...

* So far, aku ni baru sudah dari bertemu pengetua baru kolej Rahim Kajai. Welcome Prof Madya Dr Lukman! Pengetua kolej merangkap lect SW dan juga merangkap penyelia tesis aku.. heheh....

3 comments: