ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Saturday, June 14, 2014

Solat Patuk Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan, peluang dan ruang untuk terus bernafas dan berkongsi sedikit ilmu....

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Antara kesilapan yang sering berlaku di dalam solat ialah pengabaian rukuk tumakninah. menurut bahasa arab, perkataan tumakninah berasal daripada perkataan tenang dan tetap.

Abu Qatadah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda;

"Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya"

Lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?'

Rasulullah saw menjawab, "Orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, atau tidak diluruskan punggungnya sewaktu rukuk dan sujud"(HR Ahmad, Thabarani, Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

Maksud tumakninah dalam solat ialah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut. Dalam erti lain, tumakninah ialah berhenti seketika dalam keadaan tetap semua anggota badan sehingga cukup masa untuk membezakan antara perlakuan sebelum dan selepasnya.

Ustaz Ismail Kamus menerangkan dalam buku Indahnya Hidup Bersyariah, tumakninah bermaksud berhenti sebentar, sekadar sebutan `subhanallah' dengan anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan.

Definisi anggota berat ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kedua kaki hingga ke pergelangan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tumakninah. Ini bersesuaian dengan para ulama syafi'iyah yang memang mengembalikan makna gerakan banyak itu kepada kebiasaan pergerakan lazim iaitu tiga kali gerakan atau lebih secara berturut-turut. Pengertian berturut-turut ialah suatu gerakan yang bersambung dengan gerakan yang lainnya.

Anggota ringan pula ialah seperti jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solat tetapi makruh melakukannya. Tumakninah merupakan sebahagian daripada rukun solat. Meninggalkan atau mengabaikan boleh membatalkan solat. Malangnya ramai di antara kita tidak menyedari kepentingan menjaga tumakninah, akhirnya solat yang didirikan itu seumpama solat "patuk ayam". Sekiranya itu berlaku bukan sahaja merosakkan solat, tetapi dikhuatiri boleh membatalkan solat dan solat menjadi tidak sah. Apabila ini berlaku, perbuatan solat yang dikerjakan itu menjadi sia-sia. Dalam erti kata lain, solat itu boleh diperkira hanya sebagai senaman tonggangg-tonggek semata-mata sahaja...



                                                         sumber gambar: encik goggle

sama-sama kita renung renung dan fikir fikirkan...
yang kurang kita tambah dan perbaiki,,,

No comments:

Post a Comment