ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Monday, April 25, 2011

Janji Allah....

Assalamualaikum dan alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih diberi peluang untuk bernafas di didunia ini.. Pejam celik pejam celik, cepat je masa yang berlalu dan pernah tak kita tanya pada diri kita, apakah bekalan yang telah kita sediakan untuk perjalanan ke "sana" kelak. Jika dihitung usia aku dengan amalan aku, rasanya terlalu sedikit.. Rasanya, kalau dibandingkan dosa dan pahala, berganda2, dosa tu lagi banyak. tak terkira... :(...

Sejek 2 menjak ni, aku mimpi yang bukan2. Seriusly, mimpi tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi hari2 aku. Aku ceritakan pada kawan2 then diorang bagi tahu aku, diorang pun ada mimpi yang pelik2 sejak 2 menjak ni. Apakah petandanya? Aku punya mimpi lagi la... Asyik mimpi orang meninggal la, jumpa orang yang meninggal la... segala2nya pasal orang meninggal... :(.. Member aku pun lebih kurang sama. 

Tapi itulah... Ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu semua ketentuan Allah swt. Aku bukan fb tak silap aku tarikh 15 hb, salah seorang budak sekolah aku meninggal,, dan hari ini, pada pagi ini seorang lagi meninggal... Ya Allah... umur bukan penentu kita akan hidup lama. Bila Allah nak ambil nyawa kita, bila2 masa je DIA amik... Al-fatihah untuk kedua2 nya yang telah kembali ke rahmahtullah.... Semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba2 yang soleh...

Friday, April 22, 2011

Permata yang dicari

Assalamualaikum... :)
Lagu ini ku dedekasikan khas untuk "seseorang".. ceewah!!!
Mentang-mentang perjanjian 6 semester telah termeterai semalam.. hehehe
So, sekarang ada satu cabaran lagi pulak, ada seorang teman@ "mak"@ahli GBTM mesej aku semalam. Katanya lebih kurang begini " Sebelum akak bersalin, yuyu mesti ada gewe tau" "tak kira. kalau tak dapat cari bf, tak nak kawan. kena cari juga. Tapi jangan main rembat je. Cari betul2x. anak akak nak jugak tengok abnag ngah. Kak ngah dah selalu tengok. Cari juga sebelum konvo".. Pakat gelak je aku baca mesej tu...
hahaha... anak teruna siapa lah aku nak g rembat ni. Yang ada sekarang ni, main tarik2 tali la pulak... huhuhuh
Padan muka, dulu sapa suh angpa p main tarik tali dengan dia..
Cari yuyu, cari yuyu... Bak kata "mak" "akak tahu yuyu mampu lakukan".. Wah!! Ayat pembakar semangat tu.... :)
 *kak ngah di atas adalah merujuk kepada aku... harap maklum.. heheh

Dehearty_ Permata yang dicari...


 

                                                                                 * sumber gambar mr google

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Thursday, April 21, 2011

Tiba-Tiba jadi Shahdu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sampai saat dan ketika ni masih diberi peluang bernafas...:)
Peja celik pejam celik, hampir 3 tahun telah berlalu.. kalau dulu, masa mula2 menjadi mahasiswa asyik fikir bila nak habis.... Tiap kali lepas exam semeter, mesti bersorak gembira.. Tapi hari ini?? Hari ini last paper means, hari terakhir berjumpa dengan kawan-kawan dan lecturer2.. Sedih rasa hati nak meninggalkan status sebagai pelajar... Lepas ini kena berhadapan dengan dunia luar.... Sedih nak tinggalkan semua kenangan di sini... Suka duka sama-sama kita lalui terutama untuk Geng Budak Tak Matang... Sama-sama kita sesat jalan, sama-sama kita excident dengan lori, sama-sama kita pergi merempit dan sama-sama macam2 lagi....

Tapi lepas ni, masing2 membawa haluan sendiri.... Takpe2. hidup perlu diteruskan dan memerlukan perubahan.. Sampai masa dan saat, memang perlu hadapi.... Alhamdulillah juga sepanjang 6 semester di UKM ni, segala yang aku impikan telah tercapai... Nak tahu tak apa yang aku impikan??? heheh

1. Ambil lesen kereta
Akhirnya, dapat juga lesen kereta walau macam2 terpaksa hadapi. Mana nak kejar program yan menanti tiap2 hujung minggu, mana nak kejar siapkan tesis lagi... Sangat mencabar sampai satu tahap aku dan GBTM hampir surender nak teruskan dengan amik lesen. Itu belum lagi kira kena test 2x.... hehehe... Kemarin jumpa cikgu, angkat tangkat.. Cikgu cakap "orang ada lesen, angkat tangan ada gaya"hahah... Makan dalam tu cikgu... hehehe

2. Ambil kursus kahwin
Yup. Tibai walau tak da calon lagi. Yang penting ambil sebelum habis belajar.

3. Be volunteer
Dulu, masa zaman sebelum masuk U, teringin sangat nak buat kerja2 volunteer, nak pergi rumah anak2 yatim Alhamdulillah, akhirnya aku dapat rasakan semua itu. Menjadi volunteer MAKNA, ABIM walau tak aktif sangat sebab bertindih dengan tugasan sebagai pelajar, tapi sangat indah untuk dikenang... Kepuasan yang dapat, tak ada tolok bandingnya

4. No Couple..
Yes! Ini berjanjian antara aku dengan Naurah, Zu dan Zati... Hehehehe.... Perjanjian untuk tak bercouple sampai habis belajar. Korang, perjanjian kita sampai hari akhir exam je kan??? Means, lepas ni, boleh la aku isi kekosongan kan?? kan? kan? So mulai saat ini dna ketika ini, perjanjian kita dah amat kan?? hahahha.. agak2, antara kita, ada sesiapa tak yang langgar perjanjian ni??? hahahha...
jeng jeng jeng...

Rasanya, itu je kot... Semuanya dah terlaksana.. hehehehe

.
 Dak2 social work batch 2008/2009
Kenangan dengan lecturer2 dan adik2 junior

Untuk pensyarah2 dan semua kakitangan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, terima kasih yang tak terhingga (mood touching ni...sob sob sob..)

Untuk kawan2 Social Work Batch 2008/2009, Selamat Maju Jaya ye.... Love u all...

Saturday, April 16, 2011

"I hate this feeling right now"

Assalamualaikum...
huhuhu...
Semalam pergi dinner course...
Niat di hati nak enjoy walau pada hakikatnya, tesis tak siap, assigmen tak siap, nota untuk exam isnin ni tak baca lagi... huhuhu....
Niat di hati, nak makan puas-puas... nak cipta memori yang fun2 banyak...
huhuhu....
Semalam memang dah set nak kasi jiwa kental! Coz selalunya, aku ni org lain relax je, aku touching terlebih... hehehe
Tapi apakan daya... huhuhu.... Bila part lecturer aku menyanyi lagu perpisahan and sorang lagi bersajak berpuisi bagai, dah start touching da...waaa! Itu belum kira lagi part lecturer aku pasangakan video then suruh hayati.. Pergh.. Time tu, kalau jiwa aku tak kental memang banjir la... part2 nak habis program tu la touching2.... huhuhu
Bila nak balik UKM, duduk dallam bas, adoiya... lagu2 semua yang jenis slow... Macam tahu2 je perasaan aku masa tu... Sabar je.....

Hari ni, dalam duk2 kemas barang2,
Dalam duk selongkar2 tu,
Terjumpalah resit2 bayaran, belanja aku dari 1 sem 1 year sampai sekarang ni.. huhuhu
Time2 tu jugak la terjumpa gambar masa ngan Geng Choka Choki....
Time2 tu jugak la, jumpa balik resit2 masa belajar memandu...
Semua2 nya time2 tu....

Bukak2 FB, masing2 punya post touching
Masing2 tajuk album dinner ada "kenangan"
Adoi....
Itu yang malas nak bukak FB...
Jangan la touching2...
Tak mo... sebab aku kalau dah touching, semua kerja tak jadi...
Waaaa!!!!!!!!
Korang jangan la touching2..
Anggap je lepas ni kita semua cuti sem..
Nanti bulan 9 kita jumpa lagi ye... Masa kita konvo.. InsyAllah....

Tuesday, April 12, 2011

~~~

Assalamualaikum....:)

Semalam dah hantar tesis... hehehe... Siap juga akhirnya.. Tapi tak fully complete.... Macam biasa, bila pergi menghadap penyelia, tadah telinga.. Semalam kena pot pet pot pet lagi.. hahaha.... Sebab buat kesilapan teknikal lagi!! hahaha.... Sabar ye DR... peace no war..:)

Hari ni, dalam duk membaca+menghafal nota kesihatan masyarakat... Otak tetiba merewang.. Adoiya... kalau tak merewang, itu bukannya saya!! hehehe.... tiba-tiba teringat pada seseorang... seseorang yang mempengaruhi sikap dan personaliti aku pada hari ini.. Rindunya pada beliau. Entah bila dapat bersua muka lagi erk? Wa!!!! Rindu sama mentor aku zaman muda mudi kat matrik dulu....!!! Bila dapat jumpa mentor@ Ustad Azhar lagi??

Monday, April 11, 2011

Macam-macam Rasa

Salam...
Serius sekarang ni kelam kelibut hidup ni rasanya..Setelah berhari2 (hampir seminggu rasanya) baju tak berlipat... berlonggok aja atas katil tu, akhirnya, berlipat jua malam tadi... coz dah tak sanggup tangok bilik aku ni dah macam sarang tikus lagaknya... huhuhu... Bilik ni dah jadi macam hotel 1 malam je... mana taknya, sekarang dalam kepala hotak ingat TESIS memanjang... waaa!!!!! Pagi hari, bukak mata, mandi then terus berkampung dekat fak. Selagi matahari tak terbenam, tak jumpa jalan balik. Balik bilik, mandi, terus tidur! ambik kau! hahaha.. Baru cecah kepala kat bantal...zzzzzzzzzzz......... Bilik ni gayanya dah serabut macam kepala tuannya jugak.. huhuhu... malam2, bentang toto kat lantai, tidur bawah... huhuhu.... tukar selera...Dalam2 sibuk fikir nak exam hari khamis ni, nak kena hantar tesis jumaat sempat lagi layan perasaan... Tu memang terbaik la!! hahah....  Sekarang ni dah macam2 rasa... Dah macam ikan masak 3 rasa kot....

Saturday, April 2, 2011

Test JPJ Again

Alhamdulillah.... kerana dengan keizinannya, akhirnya dapat jugak aku lulus test kereta pada 1 April 2011!!
Ya! Selesai sudah satu lagi misi aku sebelum kaki ini lmelangkah meninggalkan UKM... hehehe... Bersyukur sangat.. Dah tak sanggup nak repeat test.. hahahaha

So, nak dijadikan cerita, seperti yang aku maklumkan sebelum ni, untuk test atas litar, aku TAK LULUS. Sebabnya, terlanggar tiang kat parking.. hehe..Terlanggar ke?? Actually memang saje langgar coz masa tu blurr+nervous+gelabah sampai tak tahu dah nak buat apa... Lagi2 bila kedudukan kereta tu, betul-betul rapat dengan tiang kat parking tu.... heheh.. So, last choice, aku langgar je tiang tu... Makanya, gagal la jawab nya... Bila fikir2 balik, ni mesti sebab kes durhaka kat cikgu ni.... hahahha... dah la menjawab pastu, tak minta maaf.. kan dah faill...

Makanya, sehari sebelum aku buat test ulangan, aku pun pergi lah tambah masa belajar kereta. Niat di hati, tak nak menjawab dah... apa cikgu cakap, nak ikut aje...(tetibe jadi baik... :)..)Masa belajar kereta tu, aku dapat member yang fail kat parking jugak.. So, apalagi, kami berdua telah menggunakan masa hampir 2 jam dengan membuat eksperimen.. Habis semua parking kami redah... Konon2 nak try... Cikgu ajar lain, kami buat lain... Konon2, nak prepare la kemungkinan2 yang akan berlaku pada hari kejadian... hahahah... So, masa tengah buat perking tu, aku menghadapi keadaan yang sama masa aku fail masa test.. Setelah melakukan perbincangan dengan member aku ni, kitaorang buat steps kitaorang sendiri... Tapi entah macam mana, Tetiba, muncul la pulak cikgu... Alang2 dah ada kat situ, try la tanya kan... hahahha... Amik kau!! Free2 kami berdua dapat tazkirah Dhuha... hahahaha... Dapat pulak dua2 anak murid yang suka menjawab, lagi lah.... sepatah cikgu tanya, berpatah2 menjawab... (Sila jangan contohi).... Pastu, bila tiba hari nak test, bukan nak minta maaf.. Cuak jugak kan.. maunya fail sekali lagi...

Tapi alhamdulillah... LULUS! Walaupun, aku hampir putus asa bila kereta aku mati 3 KALI! Lepas tu, tetibe sorang JPJ ni suruh keluar.. Aku tak tahu la dia suh aku atau student lain. Tapi yang pasti dia cakap, dah 3 Kali.. Time tu, memang standby nak bukak pintu la.. Tapi, bila brother kat institut tu suh teruskan aja, aku pun sambung. Masa tu, cuak gila.. Nak hidupkan kereta pun dah tak mampu.. Nasib baik ada uncle Chandra... Dialah yang ajar aku, suh tekan itu dan ini... Buat Parrking, Alhamdulillah.. Buat 3 penjuru pulak, entah macam mana terlupa nak tukar gear... Tapi nasib baik LULUS juga... Alhamdulillah!!!

Apa2 pun, TAHNIAH untuk GENG BUDAK TAK MATANG... Akhirnya kita semua dapat lesen kereta ya..BUKIT BROGA menjadi saksi kita amik tesr kereta!! Walau aku, mak n ucu terpaksa test 2 kali... Untuk CIkgu... Hahahah.. memang terbaik la!! Memang aku respect la.. Tahap KESABARAB dia memang aku kagumi. Apatah lagi berhadapan dengan anak murid yang ada masalah kelupaan tahap kronik macam aku ni.. hehehe.... Telinga aku ni dah kalis dengar bebelan dia.. Sampai kadang2, aku dah tak tahu time bila dia duk bebel, marah dan buat lawak... Sama je tone suara dia aku dengar... harap2, Cikgu tak kena darah tinggi la... Especially dapat anak murid macam aku ni yang suka menjawab... hehehe.. Bukan sengaja nak menjawab, kadang2 cikgu ni, aku dah tengok macam jelmaan abang2 ipar aku pun.. kadang2 macam lecturer aku pun ada... tu la pasal, aku kalau boleh, nak je menjawab apa yang dia cakap....

Terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan. Walau pun, sebenarnya dah give up bila first test gagal.. Terima Kasih pada yang sponser untuk aku lakukan test ulangan.. Terima Kasih untuk yang mendoakan.. terima Kasih pada yang mengajar aku drive... Terima Kasih untuk semuanya.. Hanya Allah yang dapat membalas.. :)

Moral of d Story:
1: Jangan mudah putus asa dan berhenti berharap
2: Cikgu pesan, Usaha Tangga Kejayaan... Kena Usaha baru boleh Berjaya
3: Berdoa.. jangan pernah berhenti berdoa...
4: Jangan jadi anak murid macam aku. Suka menjawab!