ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Friday, March 25, 2011

Bila situasi menekan

Salam...
Semenjak dua menjak ni, keadaan berada dalam situasi yang busy dan agak menekan...huhuhu
So, bila dah dalam keadaan macam ni, masing-masing stress... Masing-masing pening lalat... Tiada kata lain yang dapat dinyatakan melainkan SABAR je la.... :)

Kadang-kadang, bila dalam keadaan macam ni, masig-masing tak sedar tindakan yang dilakukan. Masing-masing cuba nak luahkan, lepaskan apa yang terbuku di hati.. Apa yang terpendam di hati... Sudahnya, individu yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan ni. Bila dah macam ni, aku teringat pesanan  kakak kepada kawan aku pada aku. Katanya, 

         " jangan dilayan orang macam ni. Biarkan aje. Kalau kita layan, kita ni dikira bodoh. Dah tahu perangai         dia macam tu, dilayan lagi. Nanti, kita juga yang pening.. bergaduh"

Lebih kurang macam tu lah ayat dia pada aku.. aku pun mengia kan aje.. Sebab memang betul tu. Kalau makin dilayan, kita makin sakit hati. Sebab tu, kadang-kadang memang aku sakit hati juga dengan manusia-manusia yang macam ragam ni. Tapi nak buat macam mana. Dah namanya manusia. Kita kena terima baik dan buruknya. Yang mana kita boleh ubah kearah kebaikan, kita boleh usahakan. So, sebab tu, apa-apa hal, sifat aku IA kan aje.. as long, benda tu tak bertentangan dengan apa yang sepatutnya. Biarlah orang nak kata aku tak tegas, tak ada pendirian ke, its okey... Janji aku tak sakitkan hati or susahkan sesiapa.. tapi dalam its okey tu, ada juga terluah ketidak puasan hati... kadang-kadang tu, membebel jugak. Tapi mulut aje... tak berbekas di hati pun selalunya.. Sebenarnya, aku ni cakap aje lebih.. Masa mula-mula "tanduk tumbuh" je.Tak lama lepas tu, okeh la... Biar apa orang nak kata, yang penting aku SABAR dan SABAR  itu besar ganjarannya kelak...

Bukan untuk membanggakan diri yang aku ni penyabarnya orang. Pada hakikatnya, aku ni bukan lah penyabar orangnya. Tapi kita boleh berusaha untuk menjadis seorang yang lebih sabar. Kita berusaha untuk menuju ke arah kebaikan. Betul kan? Bukan melihat kekurangan orang lain dan membuat penilaian terhadap dia. Sebaliknya, kita ambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku dan apa yang kita lihat untuk baiki lagi diri kita.

Bila dah situasi menekan macam ni, aku pun stress jugak kadang-kadang. Maunya tak stress. Tapi macam aku katakan tadi, sabar je la.. InsyAllah apa yang kita lalui sekarang ni akan beransur pergi.. Dan semestinya sebagai Islam, jangan lupakan tanggungjawab kita pada DIA.. Selagi hati kita mengingati DIA< tunaikan tanggungjawab kita pada DIA, insyAllah, biarpun situasi menekan ke, tunggang terbalik ke, menonggeng ke, kita pasti akan dapat hadapi semuanya dengan senyuman. Tak gitu??? heheh

Al-Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.







Tuesday, March 22, 2011

Dugaan

Salam...
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang bernafas ehingga saat ini...


Hari yang berlalu hari ini memang sangat menguji....
Kalau tidak difikir2 kan dan direnung2 kan...
pasti bibir ini mengeluh..
pasti kesabaran teruji....
Tapi itulah dugaan...





“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30
Tapi bila aku fikir2 kan balik apa yang berlaku hari ini, 
alhamdulillah... sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas sampai saat ni...kalau tak, nauzubillah... mintak2 dijauhkan dari apa yang aku fikirkan...
dan
kerana apa yang berlaku pada hari ini jugak lah...
Aku berpeluang untuk melawat muzium negara dan pergi ke library muzium...kalau tak, entah bila lagi nak merasa kan... mungkin itu salah satu daripada hikmahnya...
Lepas tu, sempat la aku menunaikan solat asar di masjid UPM.... hehe.. akhirnya berjaya jugak jejakkan kaki di UPM walau hanya untuk solat.....

Friday, March 18, 2011

Test JPJ

Salam.....
Hari ini saya ada test JPJ...
Tapi saya tak lepas untuk parking???
Nak tahu kenapa???
Sebab saya terlalu nervous..
Bila saya terlalu nervous,
Penyakit pelupa saya datang semula...huhuhu
Sampai saya sendiri pun tak tahu saya nak buat apa dekat parking tu..
Hebat kan saya???

Tuesday, March 15, 2011

Beratnya untuk melepaskan dia pergi...

Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah! Ya Allah..ampunkanlah dosa ibu bapaku Ya Allah..

(Sumber:  facebook Nurul Izzati Izyan Hamdi on Tuesday, October 5, 2010 at 12:19pm)


Monday, March 14, 2011

Biarlah Pemilik Tulang Rusukku Orang Yang DiredhaiMu

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mataMu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. AMIN! :)
(Sumber: diperoleh daripada facebook Nurul Izzati Izyan....DOAKU..biarlah pemilik tulang rusukku org yg diredhaiMU ya Allah...amin, )

Tuesday, March 8, 2011

Test JPJ

As Salam..

Senyum seperti selalu....

Act, baru pulang dr belajar kereta... sangat memenatkan hari ni belajar selama hampir 4 jam tanpa henti.. Rasanya, jari jemari, telapak tangan ni kalau mampu bersuara, akan bersuara.. heheheh
Tapi seperti hari2 biasa, dah kalau namanya nurul atiqah tu, tetap lah nurul atiqah.. asyik luuuuuuuupaaaaaaaaaaa je apa yang diajar... Sabar ye cikgu,,, "Sabor je lah..." hehehe...... Bak kata cikgu yang ngajar aku kata, katanya atiqah ni dah "mengalami penuaan""penyakit lupa yang kronik""reputasi pelupa" tu memang .... heheheh.. Satu lagi slow motion... heheh
well... nak buat macam mana.. aku mengaku semua tu.. Nasib baik dapat cikgu yang penyabar... Kalau tak, alamatnya, separuh jalan je aku belajar... hahhah..
dan seperti biasa, di saat cikgu disebelah pot pet pot pet kat sebelah .. kita SENYUM aje... heheh.. kita ANGGUK aje walau pun sebenarnya tak berapa nak faham.... hahahaha......
18 ni test JPJ.. Adoiya... nak tunggu 18 hb ni, enta ingat entah tidak apa yg belajar hari ni.. Aduh!! gi mana sih???? 

Monday, March 7, 2011

New Baby

As Salam....
Di pagi Jumaat (4 Mac 2011),  Jam 7.55 pagi, bertambah lagi seorang anak Adam. Alhamdulillah...Dengan kelahiran itu, maka bertambah lagi lah cucu atok Mokhtar & nenek As...  Cucu perempuan yang ke 4! Cucu yang ke 9! Selamat Datang Baby!

saya tak da nama lagi.. ada siapa2 ada idea tak nak beri nama untuk saya ?



ini pula, hero2-heroin2 nenek & atok yang lain.....ada ultraman, ada raksasa, ada mat pit.. semua ada... "macam-macam ada"..heheeh

Thursday, March 3, 2011

OH Mac!

As Salam..
Alhamdulillah.. Semalam dah tahu tempat praktikal. So, bermula 2 Mei 2011 ni sampai penghujung bulan 6 insyAllah akan berkampung di JKM Daerah Kuantan. Hmm... walau bukan 1st choice, bak kata Puan Sham (individu yang bertanggungjawab uruskan tempat praktikal) "redha je la.."....heheh.... Ya saya redha.... Ada hikmah tersembunyi (Ayat sedapkan hati).. Hahahaha... So, dengan dah tahu tempat praktikal ni, makanya kurang dah 1 kerisauan....


Latihan Ilmiah or senang citer My Incik Tesis... Sekarang tengah tunggu masa nak collect data je... huhuhu.. Orang lain semua dah siap analisis data, tapi group kami masih terkontang kanting nak kutip data. Moga-moga, awal bulan 3 ni, dapat la collect data.. Harap2 sangat coz my incik tesis ni, 30 April sudah mahu dihantar.. huhuhuhu.... Dah la bulan Mac banyak program menanti. Sabor je la.. ahak's



Event bulan Mac yang sedang menanti:


1. 11 Mac - 12 Mac
 Bengkel Latihan Industri
~Ngee~ Semuanya ada 3 bengkel yang WAJIB join... hhuhuhu... Untuk Bengkel Course aku, tarikhnya 12 Mac.. Program nya sudah hampir tapi untuk post aku ni, apa2 pun tak buat lagi.. Adoiya... Nasib   baik just handle post Publisiti... :)


2. 18 Mac - 20 Mac
Program Kesihatan Bersama Komuniti Orang Asli anjuran PEMADAM
~Program ni pun masih dalam perbincangan. Banyak perkara lagi yang perlu dilakukan~ Nasib Baik just pegang post Pengangkutan. Tapi jenuh jugak lah tuan punya badan ni nak pergi menapak di Unit Kenderaan tu.. huhuhu


3. 26 Mac
Program Zero Denggi
~Program ni dh masuk minggu ke 13 Kuliah~Ngeee~ Pegang post protokol. Agak berat sebenarnya pegang post ni. Tapi memandangkan buat dalam keadaan simple (moga2), so rasanya boleh buat kot...




Program yang masih dalam perancangan pun ada... huhuh... Program yang wajib buat dalam bulan ni jugak. AGM PEMADAM... Nasib baik junior yang handle... Tapi at least, masa program kena tunjuk muka da.... Yer la.. Nak lepas jawatan katakan.. heheheh


Serabut serabut serabut... hehehehe.... Mana nak settlekan lagi borang-borang untuk konvo, ngan borang master yg menanti2 mintak diisi lagi.. Adoiya... (tesis tak siap ada hati nak isi borang.. hahah)... Mana nak pikir untuk dinner course lagi... waaa!.. Dengan assigment yang tak siap2 lagi.. ape kes ni? Dengan nak belajar memandu lagi yg masih berbaki 4 jam.... waaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!




* Yang pentig, mukadimah bulan Mac ni kita mulakan dengan pergi dinner kolej dulu... Hahahahah :)
*Sumber gambar MR Google

Wednesday, March 2, 2011

Cancel Diet

as salam...
Hari masa tengah makan tengahri merangkap breakfast untuk kali ke 2 hari ni, tiba-tiba adalah student UPMdatang mintak tolong jawab survey.. Makanya, aku & kawan2 menyetujui sebab kasihan la pulak bila fikir2 kan dia yang dok cari responden... Yang bestnya, kajian tu pasal makanan dan kesihatan kot. Lupa tajuk kajian dia. So, jawab la. Walau pun soalan dalam bhasa ibunda tercinta (BI), tabah kanlah jugak hati menjawab soalan2 yang bertimbun2.. Sabor je lah...

So, lepas jawab, kitaorang kena kira berat, tinggi, kalori semua tu.. hahahaha
Then. hahahhaha... tak sangka u! haaha... berat i ni normal lagi... siap dia cakap, kalori rendah lagi dalam badan.. hahahah... so, cancel diet!!