ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Sunday, November 25, 2012

Petua Selamat dan Bahagia


Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Allah,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yangada di langit dan yang ada di bumi.Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNyamelainkan dengan izinNya.yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allahkehendaki (memberitahu kepadanya).Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit danbumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga sertamemelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


Khasiat Ayat Kursi :

1. Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2. Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

3. Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4. Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5. Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.
Jom kita sama-sama amalkan. In shaa Allah, segalanya akan dipermudahkanNYa... Selamat beramal...

Wednesday, November 21, 2012

Mereka syahid. Kita??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

straight to the point sebab saya memang fail nak memulakan atau bermukadimah ni. jadi, sebelum saya melalut, baik lah kiranya saya terus ke tujuan asal.. (ecehcehceh... )

semalam, saya ada terbaca dalam facebook mengenai Palestine. Mengenai penduduk Palestin yang menjadi korban. Kanak-kanak yang masih kecil, bayi-bayi yang masih belum kenal dunia. Yang menjadi korban kekejaman rejim Zionis. 

Bila tengok gambar-gambar yang dimuat turun dalam facebook, sudah membuatkan saya sedih, apatah lagi untuk saya tonton video-video tentang mereka... (Ya Allah, Kau kuatkan lah  penduduk Palestin)

Sedihkan, kalau di negara kita, kanak-kanak bebas bermain ke sana-sini, tapi kat sana, pada usia tu mereka dan bermain dan bermandikan dengan bedilan peluru. Kasihan yang tak bersalah menjadi korban.. Kepala berkecai, kaki putus, rumah renap...Kanak-kanak yang masih kecil, wanita tua, bermain dengan senapang, bermain dengan bom...

Betapa beruntungnya kita tinggal di negara yang aman ni kan? Untung kita kan, dapat pergi sekolah, pergi shopping, pergi tengok wayang tanpa sebarang gangguan. Tiada siapa nak ganggu. Paling kurang, parents kita or family kita call bila balik lewat.. paling kurang, kita kena tahan tak boleh masuk panggung wayang sebab tak cukup umur... beruntungnya kita..balik kerja, badan penat, tidur. bukak mata, perut lapar, makan nasi  then tidur balik. esok, bangun pagi pergi kerja.. tak ada siapa kisah dan ambil peduli apa yang kita buat. tiada apa yang nak dirisaukan.. bahagiakan hidup kita..

bila tengok keadaan di Palestin, berbezanya dengan situasi kita disini...


TAPI...

BERUNTUNGNYA mereka... mereka adalah penghuni syurga... mereka mati syahid. kanak-kanak yang meninggal dunia tu, sah-sah penghuni syurga. best nya.... mereka derita di dunia, tapi bahagia dekat sana..

 Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

Firman Allah lagi,maksudnya:
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)

(sumber: http://hasnulhadiahmad.com/wajah-wajah-orang-mati-syahid/#more-2144)


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)

Kita???

Tak tahu lagi apa nasib kita.. entah cukup entah tidak bekalan yang ada.. KAdang-kadang, kesenangan di dunia membuatkan kita lupa dan alpa.. lupa tanggungjawab kita pada Dia, lupa tanggungjawab kita sebagai anak, sebagai suami dan so on... semua tu kita ambil enteng tapi itulah yang dicatat dalam buku amalan kita... 

Jom, kita renung renung dan muhasabah diri kita... 5 minit pun okeh.. 





Tuesday, November 20, 2012

Doa untuk Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sahabat-sahabat kalian, marilah kita sama-sama mendoakan saudara mara kita nun di bumi PALESTIN disana. Mendoakan agar mereka semua terus tabah dan kuat dalam menghadapi hari mendatang. agar mereka diberi kekuatan untuk menentang rejim Zionis.. agar perjuangan mereka peroleh kejayaan. sama-sama kita mendoakan. mungkin tak dapat bersama-sama mereka di sana, tapi kita boleh sama-sama mendoakan kejayaan dan keselamatan mereka..

(copy n paste dari http://www.facebook.com/pages/Ya-Allah-Selamatkan-Saudara-Kami-Di-Gaza/334345306663741)


Sunday, November 18, 2012

Saham Akhirat

Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri kali ini, saya nak kongsikan sesuatu...

Semalam, 17 Nov.. Saya baca paper dan terbaca satu kolum... Kolum yang membuatkan hati saya tersentuh.. Sebak..

kolum  tentang kisah yang menyayat hati. Penulis kolum tersebut adalah oleh seorang ibu. Merangkap seorang nenek dan dan ibu mertua. Beliau menceritakan kisah anak dan menantu beliau yang baru sahaja kehilangan anak kedua mereka...

sedih saya membaca apabila penulis menggambarkan dan menceritakan saat-saat sebelum jenazah dikebumikan. sedihnya hati seorang ibu apabila melihat anak yang dibesarkan selama ini merupakan seorang yang tabah dan kuat, akhirnya menangis teresak-esak apabila anaknya meninggal dunia. dan bagaimana tabahnya, kentalnya hati penulis apabila memangku jenazah arwah yang merangkap cucunya untuk dibawa pulang. saya pasti, ketika itu, pasti kedua ibu bapa arwah tidak kuat untuk hadapi semua ini. dan pastinya suasana selepas itu tidak seperti hari-hari mendatang. saya percaya, kedua ibu bapa arwah, penulis dan keluarga memerlukan masa untuk kembali kepada sedia kala. memerlukan masa untuk melepaskan permergian insan yang disayangi dengan redha dan tenang.....

Suatu ketika dahulu, beberapa bulan yang lalu, keluarga saya pernah melalui situasi yang sama. Pemergian anakanda saudara saya yang merupakan anak sulung dari dua beradik tersebut, betul-betul membuatkan kami sekeluarga sedih. Tapi kami redha. Kerana itu adalah yang terbaik untuk arwah..
jika dulu, arwah sentiasa di depan mata kami, tapi kini hanya tinggal kenangan sahaja...

sedih, pedih, berat untuk melepaskan mereka pergi. tapi yang pasti mereka tentu sahaja bahagia di sana. kita yang hidup, terusnya kehidupan kita. sediakan bekalan untuk menyusuri mereka di sana..

setiap yang berlaku ada hikmah. semoga penulis dan keluarga dan khusunya anak serta menantu beliau yang telah kehilangan anak, tabah, sabar dalam menghadapi ujian ini.. ingatlah bahawa anak itu sedang berbahagia di sisi Penciptanya dan insyAllah, anak itu adalah saham untuk kedua ibu bapanya kelak....


p/s: sedekahkan al fatihah untuk insan-insan yang telah mendahului kita.. moga-moga, sedekah kita dapat membantu mereka disana...waallahu'alam..

Tuesday, November 13, 2012

Doa Dhuha







Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.

doa dipermudahkan urusan




assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini saya nak kongsi sikit ilmu ...
sayang2 sekalian, jom kita amalkan doa ini... doa mohon dipermudahkan segala urusan dan hajat..
semoga sagala urusan sehari harian kita dipermudahkan Allah  swt..

"Allahumma yassir wala tu'assir robbi tammim bi'khair"

"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
atau bacaan penuhnya,

"Allahumma yassir wala tu'assir  rabbi tammim bilkhoir birokhmatikaya arhamarrohimin"

namun ada juga sesetengah orang baca  

 "Allahumma yassir wala tu'assir"

mana-mana pun boleh kita baca... tapi sebaiknya, biarlah doa yang lengkap... 
Namun apa-apa pun, Allah itu maha mengetahui... wallahualam...  

p/s:segala kesilapan mohon diperbetulkan 

Friday, November 9, 2012

Adab Berdoa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semakin bersawang rumahku syurgaku di alam maya ni... hehehe
Hari ni, mood untuk berblog ada sikit, so saya nak kongsikan sedikit ilmu.. semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan dapat amalkan dalam kehidupan seharian kita...

untuk entry kali ini, segala maklumat, ilmu dan perkongsian ini saya ambil dari satu blog  iaitu http://www.resepirahsiaku.com/2011/01/adab-sesudah-berdoa.html  entry kali ni memang saya betul betul copy dan paste dari blog beliau.. Jom kita sama-sama baca....

 

Tajuk ini dipetik dari satu blog Indonesia. Baik untuk kita amalkan selepas membaca sesuatu doa yang dipohonkan. Walaupun ada diantara kita yang mengamalkan selepas membaca doa. Elok dikongsi bersama kepada mereka yang belum tahu. Semuga kita memperkemaskan dan memperkuatkan lagi ikatan doa kita kepada Allah SWT supaya dimakbulkan.


Menurut riwayat-riwayat hadis dari Ahlul bait Nabi saw adab sesudah berdoa banyak sekali, sebahagian yang terpenting adalah:

Pertama: Setiap sesudah berdoa membaca:

مَا شَاءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Mâ syâallâhu lâ quwwata illâ billâh
Kehendak Allah, tiada kekuatan kecuali dengan Allah

Kalimat ini memiliki keutamaan yang besar, karena mengandung makna: pengakuan seorang hamba terhadap kehendak Allah yang mutlak, keterlepasan dari semua sebab, dan hanya bergantung pada kekuatan Allah swt.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Jika sesudah berdoa seseoran membaca mâ syâallâhu lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâh, maka Allah azza wa jalla menyatakan: Hamba-Ku telah bertekad dan patuh pada perintah-Ku, penuhi (wahai para malaikat-Ku) hajatnya.” (Al-Kafi 2: 378, hadis ke 1)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) juga berkata:
“Tidak ada seorang pun yang berdoa lalu mengakhiri doanya dengan membaca mâ syâallâhu lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâh, kecuali doanya diijabah oleh Allah.” (Amali Ash-Shaduq: 166, hadis ke 6)


Kedua: Membaca shalawat
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: 


“Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah azza wa jalla, maka hendaknya ia memulai dengan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya, kemudian mohonlah hajatnya, kemudian akhiri doanya dengan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sesungguhnya Allah azza wa jalla Maha Mulia untuk tidak memperhatikan dan tidak memenuhi hajatnya.” (Al-Kafi 2: 358, hadis ke 16)


Ketiga: Mengusapkan kedua tangan pada wajah dan kepala
Di antara adab sesudah berdoa mengusapkan kedua tangan pada wajah dan kepala.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Tidaklah seorang hamba menampakkan tangannya kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Perkasa, kecuali Allah azza wa jalla malu menolaknya dengan tangan hampa, sehingga Dia memenuhi tangan itu dari keistimewaan rahmat-Nya yang dikehendaki-Nya. Karenanya, jika salah seorang dari kamu berdoa, maka jangan kembalikan tangannya sebelum mengusapkan pada wajah dan kepalanya.” (Al-Faqih 1: 213)


Dalam doa-doa Ahlul bait Nabi saw disebutkan:
“Belum pernah kembali tangan yang bermohon hampa dari pemberian-Mu, dan sia-sia dari curahan karunia-Mu.” (Iddatud da`i: 210)


Keempat: Jika doanya telah diijabah maka disunnahkan membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي بِعِزَّتِهِ تَتَمُّ الصَّالِحَاتُ
Alhamdulillâhil ladzî bi’izzatihi tatammush shâlihât
Segala puji bagi Allah yang keagungan-Nya menyempurnakan semua kebaikan
(Biharul Anwar 93: 370, hadis ke 9)
Kemudian lakukanlah shalat syukur. (Biharul Anwar 95: 415)
Jika ijabah doanya masih tertunda, maka hendaknya membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Alhamdulillâhi ‘alâ kulli hâl
Segala puji bagi Allah atas segala keadaan
Dan jangan bosan berdoa. (Biharul Anwar 93: 370, hadis ke 9)
Wasallam
Sumber:  Islam Aktual