ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Monday, February 28, 2011

Cinta Madinah

As Salam... 
dalam tangan TEP ni kode2 google, terjumpa la....
---------------
-------------------
-----------------
-----------------
-------------------
--------------
daaaaaaaa..............



(Sumber gambar dr Mr Google. Novel remaja hasil penulisan Abu Hassan Morad)

Seingat TEP ni, first time baca buku Cinta Madinah ni masa form 2.. . Syahdu bila baca puisi/ sajak yang menceritakan kewafatan Rasulullah SAW dalm buku ni.  Ada jugak try gode2 cari sajak tu, tapi tak jumpa.. huhu... Lepas tu, seingat aku, masa aku form 4 kot, novel ni didramakan. Siap ada Cinta Madinah 1 & 2 lagi., Tapi yang CM 2 tak tengok sampai ending. Try cari2 dalam youtube pun, macam tak der je..:(
Pastu, tangan ni gatal2 pulak nak cari lagu drama ni.. Tapi hampa.. 
"pernah kah kau merasa
Hatimu hampa.. huhuhu"..
Last2 yang jumpa nyer, lirik lagu je..
lagu nyer ada, tapi sampai suku jalan je.. hukhukhu



CINTA MADINAH 


Kembali kita berjauhan 

Salam terpisah 

Senyum tertahan 
Rindu berbuah 
Sayangnya merendang 



Jauh begini hati teruji 

Cinta Madinah dalam lembayung 

Dalam terlarang 
Tersinar yang agung 
Bertopang cinta padamu nabi 



Di bumi Madinah 

Menjadi saksi 

Cinta Madinah mekar berseri 
Sinaran malar terik mentari 
Dijurai dingin malam 
Terukir setiamu 



Kunjungan rindu 

Mengatur alam rindu 

Cinta Madinah menyebar harum 
Menyebar semarak dalam kasih yang subur 
Semarak dalam kasih cinta madinah

Thursday, February 24, 2011

~Sab0r je la~

As Salam... :)

Mulakan dengan senyuman, sebarkan senyuman.. moga hidup aman damai... :)




dalam senyum-senyum tu pun sebenarnya, hati tuan empunya blog ni tengah berapi. Rasanya dari semalam hati tuan empunya blog ni dah berapi-api tapi alhamdulillah masih dapat gelak2 lagi, senyum lagi hari ni... i kan "ratu hipoktrik".. heheheh



tapi biasalah. dah namanya manusia. mestilah berkomunikasi dengan manusia. dapat pulak manusia macam aku ni. tahap kesabaran nya menipis. sebab tu sometimes lebih suka mendiamkan diri atau mengiakan. sebab bimbang kalau dah bercakap, terhambur semua kemarahan. nanti elok bermanis muka, nanti jadi kelat muka.. sabar je la... cer citer cer citer... hehhehe


to

begini ceritanya.....

di petang yang hening lagi damai... hehehe.... kesabaran i tergugat dek manusia2 yang sengaja nak menguji kesabaran i.... the end.... ~ngee~


sabar je la.....
mungkin ada baik nye apa yang berlaku..
sabar tu kan sebahagian dari iman...
dalam duk2 bersabar ni, jadi la macam
si usop "sabor je la"..(hantu kak limah balik rumah)...hahaah ,, tapi part yang "kite bakor aje" tu, jangan diikut ye... heheh





* Sumber gambar dari Mr Google

Tuesday, February 22, 2011

Tahniah kepada yang berjaya

Alhamdulillah....

Semalam pilihan raya kampus kat UKM. Keputusannya pun dah diketahui.. Setelah 7 tahun, akhirnya PRK kali ni, kemenangan berpihak pada GM... 22 kerusi berbalas 15 kerusi..Bagi aku, tak kisah lah (padahal KISAH sebenarnya.. heheh) pihak mana yang menang asalkan hak2 kami sebagai mahasiswa terpihara. Semoga dengan kemenangan GM ni, membawa perubahan ke arah yang lebih baik.... Ber GM lebih baik... yeh yeh !!!slogan mereka. (Yeh yeh tu tak danya.. heheh) dan harini, bumi UKM berwarna UNGU. Sempena meraikan kemenangan mereka. HUhuh.. Tapi sedikit terkilan. PRK lepas, dah berazam nak join GM berkempen tapi tak g pun. Balik umah daa..... Kalau tahu semalam perkiraan undi just buat dekat DG, memang dah lama aku pergi. Biarlah berkampung di situ.. ku rela... Tak dapat membayangkan saat2 kemenangan tu...huhuhu.... Teringat mesej seorang teman yang merupakan salah seorang kuat GM yang mesej aku yang menyatakan kemenagan yang diiringi dengan air mata tu... Apa2 pun, tahniah kepada GM...!
* Even tak dpt berkempen sama, tp at least last year dapat jugak join  diorang punya perhimpunan walau sekejap.. At least ada sesuatu untuk dikenang.. hehehhe
*Bila mendengar cerita adik, sangat mengagumi kesungguhan, ketekadan, keberanian mereka dalam memperjuangkan apa yang diingini. Im proud with u Adik and all2 ur geng (macam ayat adnan sempit je)

Thursday, February 17, 2011

Histeria

Malam semalam, sbb kepenatan pergi belajar memandu sepanjang petang, sampai je  bilik, aku solat asar. pastu rehat kejap sementara tunggu maghrib masuk. Usai solat maghrib n isyak, aku landing kejap atas katil sementara nak tunggu member2 aku datang coz ada assigment yang perlu disiapkan. So, dalam landing2 tu, pintu aku biarkan  tak berkunci n aku pun lelap2 kan la mata untuk seketika. Tak lama lepas tu, kawan aku datang n bg tahu aku ada budak histeria. Dengar khabarnya sejak jam 3 petang lagi dah meracau. nasib baik kawan aku bagi tahu. kalau harap aku, sampai hari ni pun tak tahu cerita.. heheh. Kemudiannya, aku dgn kawan aku ni, pergi la pulak bilik member aku yang sorang lagi ni. Blok member aku ni, betul2 sebelah blok budak yang kena histeria tu... huhuhu

So, dari dlm bilik membe aku tu, boleh dengar suara budak yang kena histeria tu menjerit2, ketawa, suara ustad azan, suara mengaji n macam2 suara la. Dalam2 takut tu, berani kan jugakla diri ni duk intai2 ikut koridor bilik member aku ni.. heehehe.. Rasanya, selama aku duk kat bumi Kajai ni, inilah first time kejadian ni berlaku. Hampir kul 12 malam aku balik dr bilik member aku, aku tengok orang masih ramai lagi kat depan blok budak yang kena histeria.. huhuhu...

So, memandangkan aku duk sorang2, apalagi.. heheh.. Tidur tak tutup lampu. Sepanjang malam telinga aku sumbatkan dengan bacaan ayat2 Al-Quran dr mp3 adik aku.. huhu..Takut woo.. huhuhu
So, dalam aku duk google2 pasal histeria ni, aku ada terbaca TIPS ELAK HISTERIA  yang disarankan Dato' Dr  Harun Din iaitu:
*Mengamalkan Muawizat. Dimana, Muawizat ni terdiri daripada surah2 al-Ikhlas, an-Nas & al-Falaq yang dibaca baik sebelah bagi atau sebelah malam selain hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyebut ayatul Qursi turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhlus halus.(Sumber: http://fazmys.com/artikel/tips-elak-histeria-harun-din/)

Sebenarnya, maklus2 halus ni seperti jin, ada dimana je cuma kita yang tak nampak dengan mata kasar (ntah2 masa aku tulis blog ni, dia pun ada bertenggek kat sebelah aku...heheh).. Sebab tu, kemana saja kita pergi kita kena berwaspada. Seingat aku, aku pernah berborak pasal benda2 ni dengan seorang ustad. Dia cakap, apabila kita tinggalakan sesuatu tempat tu lebih dari 3 hari (aku tak pasti 3 atau 7 hari), akan ada makhluk lain yang tinggal tempat kita. So, ustad tu bagi tahu aku, sebaiknya macam aku ni duk kat hostel, bila nak tinggalakn bilik tu lama2, buka tingkap. kasi cahaya matahari masuk. Sebab benda2 macam ni suka tempat2 yang gelap, bertutup. Bukak tingkap supaya matahari masuk, ada peredaran udara. Supaya benda tu tahu ada manusia yang tinggal di situ. Satu lagi ustad tu cakap, jangan letakkan sisa2 makanan dalam bilik. Kalau setakat sampah kering tu, okeh lagi. Tapi kalau sisa makanan bungkus yang kita beli tu, baik letak luar dari bilik. Benda2 tu, suka tempat kotor2 ni...
Satu lagi, solat jangan tinggallkan. Untuk jadi benteng pertahanan diri kita. Perbanyakkan baca al-Quran. Moga2 dapat dijadikan pendinding untuk diri kita.

Monday, February 14, 2011

Misi Bantuan Mangsa Banjir di Johor

Alhamdulillah,
(Picture ni aku amik kat fb Ikatan Kerja Sosial Malaysia)


4 Feb...
Dengan izin Allah SWT akhirnya, aku dan budak2 Social Work (SW) lain, sampai juga ke Pagoh dalam misi membantu mangsa banjir di sana.. Masa kami semua sampai kat sana, banjir dah surut. So, tugas kami membantu membersihkan rumah2 mangsa, balai raya, masjid n so on.....
Perjalanan bermula hampir 4 petang dari UKM ke Pagoh, Johor. Sampai kat sana iaitu dewan Kampung Kundang Ulu lebih kurang jam 7 petang... Situasi seperti yang tak dijangka... Ialah, 1st experience katakan... Tapi alhamdulillah. walau pun tidur dalam dewan yang bercampur dengan lelaki tanpa sebarang tirai, tp dapat atas tidur atas katil (lbh mcm stretcher kot.. heheh).. hahah..
Act, bukan setakat student SW tapi ada juga PALAPES, PERMAJ dan Urusetia Unit Kebajikan yang turut serta. So, malam tu, tugas aku dan rakan2 senior SW yang lain sediakan makanan untuk breakfast.. Hahahah.... Nasib la siapa yang makan sakit perut tu.. Bukan calang2 orang yang dapat rasakan hasil sentuhan tangan aku... Sukarelawan2 yang lain pula, pergi bersihkan rumah imam kat sana..

5 Feb
Sukarelawan2 dibahagikan kepada 2 tempat. Group aku pergi ke Liang Batu. Membersihkan masjid, balai raya, dewan n pelbagai lagi kat sana.. Kami semua dekat sana hampir jam 4 petang jugak la. Sebelum balik, sempat singgah rumah depan masjid tu. Tuan empunya rumah mohon cuci pinggan mangkuk... hehehe..
Tapi dugaan betul buat aku, Dalam nak buat kerja sukarelawan, time tu la jugak kena migrain+sakit perut(masuk angin)+tangan kena kaca.. Adoiya... Memang sangat2 menguji. Kalau tak difikirkan tujuan aku ke sana memang nak membantu, memang dah lama aku out.. tapi sebab ingat akan tujuan yang satu tu, kuatkan jugak semangat... Walau pun, last2 aku buat kerja2 yang simple2 je... sangat tak berdaya.... Tapi yang penting, masih gelak2 lagi.. bak kata sorang adik junior, "Kak tiqah ni, sakit dengan tak sakit, sama je".. hahaha.. Walhal, tak tahu, kalau kat rumah/bilik,  memang dah lama aku menangis kesakitan,, hahahah. balik je dari kerja2 pembersihan aku pun apa lg, mandi, telan ubat terus tidur.. hehehe... Kawan2 yang lain duk tolong prepare makan malam, aku senang lenang tidur.. heheh
Malam tu, tiada sebarang aktiiviti yang dilakukan. Memenuhi permintaan teman yang ingin ke taman permainan. So, kita layan... Lepas tu, lepak2 kejap kat kedai makan, hampir pukul 10, balik dewan layan cerekarama Ampunkan Daku... heheheh

6 Feb
Hari terakhir di Pagoh. Sesudah breakfirst, kemas2 barang dan menuju ke Tangkak. Ke Kampung Pendang Hulu tak silap aku. Disana, dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Group aku dihantar ke sebuah rumah ibu tunggal . Tak banyak sangat pun kerja. Sebab mangsa dah siap kemas. Cuma minta bantuan untuk dicuci pinggan mangkuk. Lepas selesai,pergi ke surau kampung tu. Atas permintaan untuk membersihkan stor surau dan peralatan dalam tu. Tapi masalah tekanan air rendah agak menyukarkan operasi pembersihan..

Hampir pukul 3 petang bertolak pulang ke UKM..
Balik2 bila mandi...Aduh!!! sakit woo bila terkena sabun. Baru perasan tangan2 ni penuh dengan luka kecil masa buat kerja pembersihan.. But, its OK!

* Thanks to Dr Fauziah yang belanja aiskrin untuk semua. Walau tak makan sekali sbb migrain... hehehe
*Thanks untuk adik2 junior SW. Miena 4 ur minyak but but dan Ekin untuk minyak angin tu.. Untuk adik2 junior yang lain jugak. Ida, Hawa dan so on.. Ecah juga. Thanks 4 d cadburry.. Next time, belanja akak lagi ye...
*Kawan2 ku. Yang bermurah hati kasi pinjam kain batik, kasut sport, gilir2 tidur atas katil (Ana), kasi guna shampoo (zu) & yg lain2 (emmie, naurah, za, mah n nazri)
*Dr Fauziah, Dr Lukman yang sporting.. heheh.. Encik Dahlan juga yang suka mem"famouskan" aku... heheh
*Thanks untuk semua. Pengalaman pertama menjadi sukarelawan banjir... walau pd hakikatnya, tujuan kami ni para senior ke sana untuk memantau adik2 junior. Thanks again Dr Fauziah yang memilih aku untuk turut serta dalam misi ni. Walau pada asalnya tak nak join sbb tesis tak siap lagi. tapi, bila lagi nak merasa kan?? ni dah last year....

Tapi ialah, dalam tu pasti ada menyakitkan hati. betul tak?? Hmmm.. Just aku nak kata, walau SW bukan seperti course2 lain yang gah, tapi sometimes, dengar lah suara hati kami. Walau kami pergi dengan menumpang, dengarlah pendapat kami. Dan yang paling aku tak suka, jangan perguna n perkotak katikkan kami untuk kepentingan yang lain... Kami pergi kesana atas dasar sukarelawan bukan atas dasar paksaan untuk kerahan tenaga. Sila faham...

* So far, aku ni baru sudah dari bertemu pengetua baru kolej Rahim Kajai. Welcome Prof Madya Dr Lukman! Pengetua kolej merangkap lect SW dan juga merangkap penyelia tesis aku.. heheh....

Wednesday, February 9, 2011

Aduhai Tempat Praktikal

Assalamualaikum..
Adoiya pening sudah dengan tempat praktikal...
Dak2 kelas lain semua dah dapat tempat praktikal tapi aku jugak yang terkontang kanting..
Mintak dekat HKL, katanya tak boleh sebab tak ada MOU...
So, sekarang proceed dengan pilihan kedua & ketiga iaitu Hospital Serdang & PPUM.. harap-harap dapatlah..
Kalau tak, kena pergi pilihan Ketiga, JKM dekat Kuantan..
Kalau tak dapat jugak, boleh tak mintak saya jaga bilik mayat dekat PPUKM???
Tak pun praktikal kat NAZA ke??? hahahha