ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Thursday, February 17, 2011

Histeria

Malam semalam, sbb kepenatan pergi belajar memandu sepanjang petang, sampai je  bilik, aku solat asar. pastu rehat kejap sementara tunggu maghrib masuk. Usai solat maghrib n isyak, aku landing kejap atas katil sementara nak tunggu member2 aku datang coz ada assigment yang perlu disiapkan. So, dalam landing2 tu, pintu aku biarkan  tak berkunci n aku pun lelap2 kan la mata untuk seketika. Tak lama lepas tu, kawan aku datang n bg tahu aku ada budak histeria. Dengar khabarnya sejak jam 3 petang lagi dah meracau. nasib baik kawan aku bagi tahu. kalau harap aku, sampai hari ni pun tak tahu cerita.. heheh. Kemudiannya, aku dgn kawan aku ni, pergi la pulak bilik member aku yang sorang lagi ni. Blok member aku ni, betul2 sebelah blok budak yang kena histeria tu... huhuhu

So, dari dlm bilik membe aku tu, boleh dengar suara budak yang kena histeria tu menjerit2, ketawa, suara ustad azan, suara mengaji n macam2 suara la. Dalam2 takut tu, berani kan jugakla diri ni duk intai2 ikut koridor bilik member aku ni.. heehehe.. Rasanya, selama aku duk kat bumi Kajai ni, inilah first time kejadian ni berlaku. Hampir kul 12 malam aku balik dr bilik member aku, aku tengok orang masih ramai lagi kat depan blok budak yang kena histeria.. huhuhu...

So, memandangkan aku duk sorang2, apalagi.. heheh.. Tidur tak tutup lampu. Sepanjang malam telinga aku sumbatkan dengan bacaan ayat2 Al-Quran dr mp3 adik aku.. huhu..Takut woo.. huhuhu
So, dalam aku duk google2 pasal histeria ni, aku ada terbaca TIPS ELAK HISTERIA  yang disarankan Dato' Dr  Harun Din iaitu:
*Mengamalkan Muawizat. Dimana, Muawizat ni terdiri daripada surah2 al-Ikhlas, an-Nas & al-Falaq yang dibaca baik sebelah bagi atau sebelah malam selain hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyebut ayatul Qursi turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhlus halus.(Sumber: http://fazmys.com/artikel/tips-elak-histeria-harun-din/)

Sebenarnya, maklus2 halus ni seperti jin, ada dimana je cuma kita yang tak nampak dengan mata kasar (ntah2 masa aku tulis blog ni, dia pun ada bertenggek kat sebelah aku...heheh).. Sebab tu, kemana saja kita pergi kita kena berwaspada. Seingat aku, aku pernah berborak pasal benda2 ni dengan seorang ustad. Dia cakap, apabila kita tinggalakan sesuatu tempat tu lebih dari 3 hari (aku tak pasti 3 atau 7 hari), akan ada makhluk lain yang tinggal tempat kita. So, ustad tu bagi tahu aku, sebaiknya macam aku ni duk kat hostel, bila nak tinggalakn bilik tu lama2, buka tingkap. kasi cahaya matahari masuk. Sebab benda2 macam ni suka tempat2 yang gelap, bertutup. Bukak tingkap supaya matahari masuk, ada peredaran udara. Supaya benda tu tahu ada manusia yang tinggal di situ. Satu lagi ustad tu cakap, jangan letakkan sisa2 makanan dalam bilik. Kalau setakat sampah kering tu, okeh lagi. Tapi kalau sisa makanan bungkus yang kita beli tu, baik letak luar dari bilik. Benda2 tu, suka tempat kotor2 ni...
Satu lagi, solat jangan tinggallkan. Untuk jadi benteng pertahanan diri kita. Perbanyakkan baca al-Quran. Moga2 dapat dijadikan pendinding untuk diri kita.

2 comments: