ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Thursday, March 3, 2011

OH Mac!

As Salam..
Alhamdulillah.. Semalam dah tahu tempat praktikal. So, bermula 2 Mei 2011 ni sampai penghujung bulan 6 insyAllah akan berkampung di JKM Daerah Kuantan. Hmm... walau bukan 1st choice, bak kata Puan Sham (individu yang bertanggungjawab uruskan tempat praktikal) "redha je la.."....heheh.... Ya saya redha.... Ada hikmah tersembunyi (Ayat sedapkan hati).. Hahahaha... So, dengan dah tahu tempat praktikal ni, makanya kurang dah 1 kerisauan....


Latihan Ilmiah or senang citer My Incik Tesis... Sekarang tengah tunggu masa nak collect data je... huhuhu.. Orang lain semua dah siap analisis data, tapi group kami masih terkontang kanting nak kutip data. Moga-moga, awal bulan 3 ni, dapat la collect data.. Harap2 sangat coz my incik tesis ni, 30 April sudah mahu dihantar.. huhuhuhu.... Dah la bulan Mac banyak program menanti. Sabor je la.. ahak's



Event bulan Mac yang sedang menanti:


1. 11 Mac - 12 Mac
 Bengkel Latihan Industri
~Ngee~ Semuanya ada 3 bengkel yang WAJIB join... hhuhuhu... Untuk Bengkel Course aku, tarikhnya 12 Mac.. Program nya sudah hampir tapi untuk post aku ni, apa2 pun tak buat lagi.. Adoiya... Nasib   baik just handle post Publisiti... :)


2. 18 Mac - 20 Mac
Program Kesihatan Bersama Komuniti Orang Asli anjuran PEMADAM
~Program ni pun masih dalam perbincangan. Banyak perkara lagi yang perlu dilakukan~ Nasib Baik just pegang post Pengangkutan. Tapi jenuh jugak lah tuan punya badan ni nak pergi menapak di Unit Kenderaan tu.. huhuhu


3. 26 Mac
Program Zero Denggi
~Program ni dh masuk minggu ke 13 Kuliah~Ngeee~ Pegang post protokol. Agak berat sebenarnya pegang post ni. Tapi memandangkan buat dalam keadaan simple (moga2), so rasanya boleh buat kot...




Program yang masih dalam perancangan pun ada... huhuh... Program yang wajib buat dalam bulan ni jugak. AGM PEMADAM... Nasib baik junior yang handle... Tapi at least, masa program kena tunjuk muka da.... Yer la.. Nak lepas jawatan katakan.. heheheh


Serabut serabut serabut... hehehehe.... Mana nak settlekan lagi borang-borang untuk konvo, ngan borang master yg menanti2 mintak diisi lagi.. Adoiya... (tesis tak siap ada hati nak isi borang.. hahah)... Mana nak pikir untuk dinner course lagi... waaa!.. Dengan assigment yang tak siap2 lagi.. ape kes ni? Dengan nak belajar memandu lagi yg masih berbaki 4 jam.... waaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!




* Yang pentig, mukadimah bulan Mac ni kita mulakan dengan pergi dinner kolej dulu... Hahahahah :)
*Sumber gambar MR Google

No comments:

Post a Comment