ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Thursday, May 31, 2012

selamat tinggal anakanda




18 mei 2012...
seusai subuh
di pagi jumaat yang penuh keheningan
kembalinya seorang lagi anak adam..


sunyi sepi
hiba hati
merelakan kepergian insan yang disayangi..


di pagi yang hening itu
di pagi jumaat yang penuh keberkatan itu
kami merelakan permergianmu
untuk selamanya..



duhai anakanda
pergilah kau menghadap sang Pencipta
berbahagialah wahai anakanda saudaraku..



duhai anakanda
pasti selepas ini kami akan sentiasa merinduimu
berbahagia lahkau disana anakanda
tenang lah kau disana anakanda..



duhai anakanda
setelah bertahun kau menderita

akhirnya kini kau bahagia..


selamat tinggal anakanda
semoga kau tenang dan bahagia di sana..

al f
atihah...

1 comment:

  1. sabar ye Tqah..semoga arwah di tempatkan dalam kalangan org yang beriman..insyaAllah, mudah2an arwah menjadi saham utk ibu dan ayahnya di akhirat nanti..

    ReplyDelete