ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Wednesday, November 21, 2012

Mereka syahid. Kita??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

straight to the point sebab saya memang fail nak memulakan atau bermukadimah ni. jadi, sebelum saya melalut, baik lah kiranya saya terus ke tujuan asal.. (ecehcehceh... )

semalam, saya ada terbaca dalam facebook mengenai Palestine. Mengenai penduduk Palestin yang menjadi korban. Kanak-kanak yang masih kecil, bayi-bayi yang masih belum kenal dunia. Yang menjadi korban kekejaman rejim Zionis. 

Bila tengok gambar-gambar yang dimuat turun dalam facebook, sudah membuatkan saya sedih, apatah lagi untuk saya tonton video-video tentang mereka... (Ya Allah, Kau kuatkan lah  penduduk Palestin)

Sedihkan, kalau di negara kita, kanak-kanak bebas bermain ke sana-sini, tapi kat sana, pada usia tu mereka dan bermain dan bermandikan dengan bedilan peluru. Kasihan yang tak bersalah menjadi korban.. Kepala berkecai, kaki putus, rumah renap...Kanak-kanak yang masih kecil, wanita tua, bermain dengan senapang, bermain dengan bom...

Betapa beruntungnya kita tinggal di negara yang aman ni kan? Untung kita kan, dapat pergi sekolah, pergi shopping, pergi tengok wayang tanpa sebarang gangguan. Tiada siapa nak ganggu. Paling kurang, parents kita or family kita call bila balik lewat.. paling kurang, kita kena tahan tak boleh masuk panggung wayang sebab tak cukup umur... beruntungnya kita..balik kerja, badan penat, tidur. bukak mata, perut lapar, makan nasi  then tidur balik. esok, bangun pagi pergi kerja.. tak ada siapa kisah dan ambil peduli apa yang kita buat. tiada apa yang nak dirisaukan.. bahagiakan hidup kita..

bila tengok keadaan di Palestin, berbezanya dengan situasi kita disini...


TAPI...

BERUNTUNGNYA mereka... mereka adalah penghuni syurga... mereka mati syahid. kanak-kanak yang meninggal dunia tu, sah-sah penghuni syurga. best nya.... mereka derita di dunia, tapi bahagia dekat sana..

 Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

Firman Allah lagi,maksudnya:
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)

(sumber: http://hasnulhadiahmad.com/wajah-wajah-orang-mati-syahid/#more-2144)


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)

Kita???

Tak tahu lagi apa nasib kita.. entah cukup entah tidak bekalan yang ada.. KAdang-kadang, kesenangan di dunia membuatkan kita lupa dan alpa.. lupa tanggungjawab kita pada Dia, lupa tanggungjawab kita sebagai anak, sebagai suami dan so on... semua tu kita ambil enteng tapi itulah yang dicatat dalam buku amalan kita... 

Jom, kita renung renung dan muhasabah diri kita... 5 minit pun okeh.. 





No comments:

Post a Comment