ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Sunday, November 18, 2012

Saham Akhirat

Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri kali ini, saya nak kongsikan sesuatu...

Semalam, 17 Nov.. Saya baca paper dan terbaca satu kolum... Kolum yang membuatkan hati saya tersentuh.. Sebak..

kolum  tentang kisah yang menyayat hati. Penulis kolum tersebut adalah oleh seorang ibu. Merangkap seorang nenek dan dan ibu mertua. Beliau menceritakan kisah anak dan menantu beliau yang baru sahaja kehilangan anak kedua mereka...

sedih saya membaca apabila penulis menggambarkan dan menceritakan saat-saat sebelum jenazah dikebumikan. sedihnya hati seorang ibu apabila melihat anak yang dibesarkan selama ini merupakan seorang yang tabah dan kuat, akhirnya menangis teresak-esak apabila anaknya meninggal dunia. dan bagaimana tabahnya, kentalnya hati penulis apabila memangku jenazah arwah yang merangkap cucunya untuk dibawa pulang. saya pasti, ketika itu, pasti kedua ibu bapa arwah tidak kuat untuk hadapi semua ini. dan pastinya suasana selepas itu tidak seperti hari-hari mendatang. saya percaya, kedua ibu bapa arwah, penulis dan keluarga memerlukan masa untuk kembali kepada sedia kala. memerlukan masa untuk melepaskan permergian insan yang disayangi dengan redha dan tenang.....

Suatu ketika dahulu, beberapa bulan yang lalu, keluarga saya pernah melalui situasi yang sama. Pemergian anakanda saudara saya yang merupakan anak sulung dari dua beradik tersebut, betul-betul membuatkan kami sekeluarga sedih. Tapi kami redha. Kerana itu adalah yang terbaik untuk arwah..
jika dulu, arwah sentiasa di depan mata kami, tapi kini hanya tinggal kenangan sahaja...

sedih, pedih, berat untuk melepaskan mereka pergi. tapi yang pasti mereka tentu sahaja bahagia di sana. kita yang hidup, terusnya kehidupan kita. sediakan bekalan untuk menyusuri mereka di sana..

setiap yang berlaku ada hikmah. semoga penulis dan keluarga dan khusunya anak serta menantu beliau yang telah kehilangan anak, tabah, sabar dalam menghadapi ujian ini.. ingatlah bahawa anak itu sedang berbahagia di sisi Penciptanya dan insyAllah, anak itu adalah saham untuk kedua ibu bapanya kelak....


p/s: sedekahkan al fatihah untuk insan-insan yang telah mendahului kita.. moga-moga, sedekah kita dapat membantu mereka disana...waallahu'alam..

No comments:

Post a Comment