ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Monday, December 31, 2012

Selamat Wannabe........

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Haip!! Pejam celik pejam celik, harini kita berada di penghujung tahun 2012. Cepatkan masa berlalu?? Sedar sedar, 2013 bakal menjengah kita pula..
2012 yang pastinya bagi setiap orang mempunyai kisah suka dan duka. Walau apa pun yang berlaku dan terjadi, semoga kita sama-sama sabar dan tabah menghadapinya..

So, sebelum 2012 ini berlalu saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya yang telah menukar status diri measing-masing.. heheh ( Saya jugak yang masih bersatatus sama... :))

Tengah saya syok-syok gode-gode fb, dapat invitation majlis kahwin rakan seperjuangan di sekolah menengah... Gode-gode lagi jumpa pulak gambar majlis pertunangan seorang kenalan...
makanya, tahniah-tahniah untuk kamo kamo semua. untuk rakan seperjuangan saya di matrikulasi yang bakal menamatkan zaman solonya pertengahan tahun depan, tahniah kawan!! rakan-rakan seperjuangan satu kursus di universiti yang telah menjadi mama-mama tu pun, tahniah jugak!! tahnish semua untuk yang single-tunangan orang, tunangan orang-isteri orang, isteri orang-jadi mak orang...hehehe

!n sha allah, jika segalanya berjalan lancar, tahun depan akan bertambah sorang lagi ahli keluarga saya (tahniah to my lovely sis yang telah menukar status diri anda) juga untuk anak saudara ku yang telah menukar status solo kepada tunangan orang baru-baru.hopefully segala urusan mendirikan majlis berjalan dengan lancar.

So, ramai rakan seperjuangan yang telah menukar status diri ni, secara tidak langsung, saya pun turut terkena tempias. kerap kali disoal bila turn saya.. Rasanya dah malas betul nak menjawab. Siapa yang tak nak mendirikan masjid betul tak?? so, untuk mereka yang rajin menanyakan saya soalan cepumas itu dan menerima jawapan yang entah apa2 dari saya tu, minta ampun minta maaf. Harap jangan disimpan dalam hati. In shaa Allah, jika sampai masanya, sampai la jua. Semua tu rahsia Alllah dan saya tiada jawapan untuk setiap bertanyaan yang berbaur bila itu...

Pendek kata, tahniah untuk semua.. yang masih single but not available seperti saya dan singgle and available tu, dont worry be happy bebeh... Masanya akan tiba jua.. cuma yang penting kita kenan berusaha.. yup berusaha!! Berusaha memperbaiki diri kita. Meningkatkan mana yang kurang, memantapkan mana yang lemah, memperbaiki mana yang boleh kerana in shaa Allah, allah akan memberikan kita seorang pendamping yang baik...

akhir kata, selamat tahun baru masihi

No comments:

Post a Comment