ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Saturday, January 1, 2011

New Year Story... Im so excited....!

assalamualaikum..
Penat... baru sahaja menapak di bilik tercinta.. heheh.... Semalaman tidak tidur, kalau tidur pun tidur-tidur ayam. Ditambah lagi perjalanan yang jauh dari klcc-kl sentral-ukm... Penat tetapi keterujaan mengatasi segalanya. Alhamdulillah. Program yang aku & dan rakan-rakan join semalam berjalan lancar iaitu Program Jejak Remaja Metropolitan sempena ambang 2011... Sangat interesting & pengalaman baru bagi diri aku & jiga kawan-kawan. dan aku rasa, inilah sambutan tahun baru yang bermakna bagi diri aku. Selalunya, tahun-tahun sebelum ni, bila tahun baru aku hanya duduk menonton tv bilik/rumah dengan rancangan hiburan yang entah apa-apa. Yang bagi aku tidak menyumbangkan apa-apa pun (mungkin itu hanya pada pandangan aku shj.) Akhirnya, aku tekan suis off pd tv tu dan tidur!!
Tapi kali ini, sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum nya. Aku & 5 orang lagi rakan aku telah menyertai program abim yang macam aku cakap td.. Seawal jam 10.30 pagi jumaat, aku & kawan2 aku telah bertolak dari kajai untuk mengisi perut di ktho. Jam 12, kami bergerak dari ktm ukm menuju ke kl sentral dan seterusnya menuju ke klcc. Dari klcc, perjalanan diteruskan ke masjid Asy-Syakirin. Dalam perjalanan ke sana, 2, 3 kali jugak la sesat jalan. tapi alhamdulillah hampir jam 2 petang, kami sampai di sana. Lebih kurang jam 3 petang membuat pendaftaran & seterusnya terdapat sedikit taklimat daripada orang2 kuat abim. antara taklimatnya, bagaimana kami ingin approach remaja atau sesiapa sahaja yang akan kami temui pada pg  sabtu nanti. Seterusnya, kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil. Alhamdulillah jugak, majoriti ahli kumpulan aku adalah pelajar2 ukm yang merupakan pelajar FPI. selain itu, ada sorang student dari UIA, UPM & UPSI. nasib baik la, adik2 lelaki dalam kumpulan aku tu agak peramah. Kalaun nak harap aku & gurl2 yang lain, rasanya sunyi sepi je.. heheheh. Kebetulan, salah seorang drpd adik2 lelaki tu merupakan junior kepada kawan aku. Itu yang ramah tu.. Heheheh....
Selepas itu diadakan solat maghrib & isyak berjemaah...lebih kurang pukul 9 malam ada forum. Panel nya terdiri daripada ustad zul (pengacara imam muda) & sorang lagi aku tak pasti. Manakala, moderator nya pulak, ustad fauzi (jus tok guru).... Yang bestnya, ada persembabahan nasyid daripada kumpulan UNIC dan jugak Ammar...Sementara menunggu untuk menjalankan aktiviti kami iaitu mengedarkan risalah & memberi sedikit nasihat?kesedaran & juga untuk menjalankan survey, bacaan selawat diadakan. Jam 12 tepat, letupan bunga api dari menara klcc. First time aku rasa aku tengok live macam ni.. sangat seronok & teruja... tapi memandangkan ada tugasan yang lebih penting, aku tinggalkan...its okeh..never mind..heheh

No comments:

Post a Comment