ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Wednesday, January 12, 2011

A***** P*********

Alhamdulillah.. masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ni..

Hari ni, aku nak cerita mengenai kegigihan aku membuat kajian sehingga jam hampir 4.30 pagi.. (Pecah rekod. nak buat tesis pun aku tak bersengkang mata sampai macam ni sekali.. heheheh).. Macam ni, semalam (11.02), aku dapat panggilan (macam entry sebelum ni). So, lepas aku imformkan pada my sis, dia ada suruh semak satu blog ni yang bercerita mengenai A* ni. Tapi aku tak sempat nak buka sebab lepas habis jumpa lecturer, aku pergi buka puasa dengan kawan dekat area Sungai Merab. Balik-balik pun, hampir jam 8. Sesudah solat mandi, solat manghrib & Isyak, aku terus pergi ke masjid untuk menghadiri forum. Sesampai di bilik pun jam hampir ke angka 12. So, ingat malas nak bukak laptop nak sekoteh2 sebab dah lewat. Tapi nak dijadikan cerita, bila tutup lampu, mata pulak tak nak pejam. Aku pun duk belek2 hp aku & masa tulah teringat mesej yang kakak aku hantar. Apalagi, bukak lampu, hadap laptop, search!! Mak aii!! banyak betul komen dekat blog tu & semua cerita pasal pengalaman mereka dengan syarikat ni. Aku pun baca la satu demi satu komen. Bila ada je adress or link kat bahagian komen tu, cepat2 aku pergi view.... Oooo.. rupanya dah ramai yang kena tipu dengan syarikat ni. Apa yang diorang alami lebih kurang sama je dengan jalan cerita aku. Call, kena paksa buat bayaran, kena ugut untuk disaman, diblacklist, bekerjasama dengan kemeterian pelancongan, buat pinjaman pendidikan & bla bla bla lagi lah...Diorang ni pun macam aku jugak. Cuak. yer lah masing2 student apatah lagi bila ugut kena blacklist. Siapa yang tak cuak... Dalam aku duk gode2 punya komen tu, aku pun terbaca satu komen2  ni & dapat aku simpulan bahawa:

1. Ada komen dr hamba Allah ni. Dia bagi tahu, "Saya ni bekas pekerja A*. kami memang dah diajar untuk menipu & mengugut lien. Kiranya penipuan koporat la. Tapi sekarang saya dah bertaubat. dah kerja kat pasaraya sebagai cashier". Lebih kurang macam tu lah ayat hamba Allah ni. So, nampak sangat kan yang syarikat ni memang penipu. 

2. Syarikat ni akan menyamar sebagai individu dari Makhamah Putrajaya, Penguam, dari kementerian dan so on dengan tujuan untuk menakut2 kan klien dia.

3. Baru aku tahu yang untuk batalkan keahlian kena dalam tempoh 14 hari! Tapi kenapa bila aku cakap nak cancel, dia bukan nak bagi tahu pasal syarat tapi dia sound aku lagi. Ayat dia " kaya sangat ke, sampai nak burn kan duit macam tu aje"...~ngee~

4. A* ni cakap kat aku, syarikat ni bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Tapi walhal tipu semata2. Bila aku emailkan pada pihak kementerian. Mereka menafikan serta menyatakan syarikat ini berunsur penipuan. bahkan, Kementerina sendiri telah mengeluarkan artikel di laman web mereka yang bertarikh 19 januari 2010 (tak silap aku) yang mana2 individu atau syarikat tidak boleh menyaman individu yang gagal membayar penuh keahlian mereka. So? apa kes diorang nak saman aku? ~ngeee~

5. Banyak laporan telah dibuat tapi tiada tindakan yang diambil. Syarikat ni kira famous sebb polis pun dah boleh hafal. TERBAIK lah!! hahhah

6. A* ni dalam pemantauan Kementerian pelancongan dengan beberapa buah syarikat lagi.

7. Tapi aku tak faham, even syarikat ni tidak mendapat kelulusan daripada kementerian, bagaimana dia boleh beroperasi. berdasarkan komen2 yang aku baca, ada hamba Allah yang kakaknya menjadi ahli dan mendapat diskaun daripada setiap kemudahan yang ditawarkan. Musykil ni.. huhuhuh

So, sekarang aku nak tunggu syarikat ni call aku semula. Sangat menanti2. Masa untuk aku bersoal jawab. Nak tengok sampai bila dia berterusan untuk menganggu gugat hidup aku.. ~Ngeee~ Geram sebenarnya. Hampir 4 tahun syarikat ni ganggu gugat hidup aku. Dari zaman aku matrikulasi sampai tahun akhir di UKM ni pun, still nak ganggu.. Sabar je la... hehehhe.. So, lepas ni kena berhati-hati. Walau bukan A* but be carefull.....Dah sediakan nota kaki untuk bersoal jawab.. hehehehe

2 comments:

  1. ak pon xctd menanti..ingin tahu ap pulak alasanye serta ugutannya slps ini..senyum slalu ye tkah~

    ReplyDelete
  2. insyAllah.. ape2 latest story, aku roger kat ko ye.. :)

    ReplyDelete