ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Wednesday, January 12, 2011

Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku

Assalamualaikum..

Hari ni, on day way aku nak pergi jumpa lecturer merangkap penyelia tesis aku, aku dapat satu panggilan... Panggilan ni berbunyi macam ni:  dia nak bg tahu yang dia ni buat panggilan dari makhamah Kuala Lumpur. Nak bagi tahu  yang aku akan bakal disaman oleh semua syarikat sebanyak 10 ribu!! Pergh gila!Ya Allah.. Tuhan je yang tahu masa tu, hilang terus konsentrasi aku nak fikir pasal tesis. Lecturer aku tanya faham tak?? Aku dengan yakin angguk kepala. Walhal, otak dah merewang. Macam2 bermain kat benak fikiran ni. Cuma tinggal jasad je dalam bilik tu. Menitik jugak air mata aku dibuatnya. Ni la kelemahan aku. Mudah sangat, menitikkan air mata walhal benda kecik. Lagi2, bila probs tu baru datang, emosi tak stabil, terus ada yang bertanya. Comform aku bercerita dengan juraian air mata....

Tapi lepas tu, aku cuba poositifkan balik2. Alhamdulillah, kawan2 aku banyak membantu aku untuk terus positif. Mungkin ni ujian yang Allah berikan pada aku. Kadang2, terlalu banayk gelak ketawa. Terlalu seronok sampai aku lalai dengan keperitan, kesedihan, kesengsaraan orang lain & tanggungjawab aku sebagai seorang hamba Allah.. Mungkin inilah bahagian aku. Dan aku yakin, setiap apa yang Allah berikan, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Dan Dia tahu setakat mana kemampuan aku. Allah takkan uji hambaNya melebihi daripada keupayaan hambaNYa... Sebagai hamba, kita perlu banyak bersabar. Kalau diikutkan, apa yang berlaku ni, hanya sedikit ujian daripadaNya. Semoga aku terus diberi kekuatan & kesabaran dalam hadapi ujianNYa...

 “Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)

p/s: Tapi apa2 pun, thanks sangat buat2 kawan aku, GBTM sebab korang sudi mendengar & cuba positifkan serta tenangkan aku. Sampai lepas tu, aku dah boleh senyum semula.. Thanks juga untuk cik Nad. walau anda jauh di mata, tp sy sgt berterima dengan semangat yang awak berikan pada saya ye.. Awak berikan saya kekuatan walau hanya dengan kata2...

No comments:

Post a Comment