ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Friday, January 28, 2011

Tentang Cinta & Ku Jemput Jodoh Ku

Alhamdulillah. Ada hikmah rupanya laptop aku ni masud wad icu untuk masuk beberapa hari. Dengan kemasukkannya ke wad icu, lastly dapat jugak aku habiskan bacaan2 aku ni. Tentang Cinta (Pahrol Mohd Juoi)& Ku jempuT Jodohku , sempatlah aku khatamkan. Kalau tak, tak tahu bila nak habis bila dah menghadap laptop ni. Bagi aku, pengisian buku ni pun seperti juga Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul  cuma bezanya ia diceritakan dalam bentuk cerita, iaitu kisah benar. Tentang Cinta membuat kita berfikir adab2 dalam bercinta dari mula, sehingga kepada akhirnya kenapa, mengapa dan sebagainya yang kadang kala tak terfikir dek akal fikiran. Contoh2 yang diberikan membuatkan aku terfikir sesuatu yang tak pernah aku fikirkan sebelum ni walau sering dilakukan dalam kehidupan seharian. Misalnya ada satu bab yang yang menceritakan tentang perempuan yang bercinta dan tudung. Dan contoh yang diberikan mengenai individu yang yang memandu dan juga helmet.. Contoh2 yang diberikn simple tetapi menarik untuk difikir2 dan direnung2 kan....

Dalam Ku Jemput Jodohku, aku tertarik dengan kata2 penulisnya yang lebih kurang macam ni maksudnya, kita ni sebenarnya berada di pentas kita sendiri. Kalau kita sedar bahawa kita berada di mana, kita tak akan berasa sedih/ kecewa/putus harap apabila kasih tak kesampaian sebaliknya kita hadapi dengan ketenangan. Aku tak nafikan, aku mengenali beberapa individu yang mana bila bercinta then putus, selalunya akan saling salah menyalah. Ada pulak yang akan menangis, murung, @ yang yang seangkatannya. So, mungkin buku2 seperti Ku Jemput Jodohku, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul dan tentang Cinta sesuai untuk dibaca. Untuk direnungi. Bila aku baca tentang yang dikatakan penulis Ku Jemput Jodohku , teringat pula aku pada kata2 seorang kaunselor semasa aku sekolah menengah dulu. Kata2 beliau lebih kurang begini " kita sering membaca novel, tengok televisyen tanpa kita sedari kita juga merupakan salah satu watak di atas pentas kita sendiri. Kita sebenarnya yang akan menentukan hala tuju pengakhiran kisah hidup kita"....

Haritu, aku ada pergi forum bicara ad-din "Penghijrahan Cinta". Bukan nak bercerita pasal forum tu tapi aku cukup berminat dengan kata2 salah seorang panel iaitu ustad Hasrizal (penulis Aku Terima Nikahnya) iaitu, cinta Allah bukan puisi tetapi realiti. Sangat mendalam maksudnya. Orang selalunya hanya akan menyedari cinta Allah jua yang hakiki setelah putus cinta. Masa tu lah bersajak, berpuisi mengatakan Cinta Allah jua yang hakiki dan cinta sesama manusia itu tak pasti.... 

*Apa2 pun, thanks sekali lagi untuk adik yang memberi aku peluang untuk membaca ketiga2 buku ini... :)

1 comment:

  1. hihihihi....smg angah bertemu jawapannya....


    ~indahnya hidup bersyariat~ <3

    ReplyDelete