~ngee~walalalala :)
Alhamdulillah.. usia aku dah mencapai 22 tahun. alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah... :)
~ngeee~.. cepat je masa berlalu.. Sedar2, aku kini sudah menghampiri ke garisan penamat untuk pengajian di UKM... Walau masih ada beberapa bulan lagi, rasanya kesedihan tu sudah mula terasa...:( Tapi tukan semua adat.. Ada permulaan, pasti ada pengakhiran,, Ada pertemuan pasti perpisahan akan menyusul pula. Sudah lumrah dalam kehidupan ni... Namun, walau apa pun yang berlaku pada masa mendatang, hadapi dengan senyuman.. dengan positif. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita sebagai hambanya..
Semoga dengan peningkatan usia ni, akan mematangkan aku terutama daripada segi pemikiran dan tingkahlaku. walau kekadang perangai tu macam kanak-kanak rebina (nak buat macam mana, kawan2 pun lebih kurang perangainya)... hehehh.. insyAllah, boleh diperbaiki dari semasa ke semasa... :)... Jangan ada yang terkejut pula nanti aku jadi gadis melayu terakhir.. ahak's... peace no war bebeh!! :)
Thanks untuk semua yang wish my beday,, yang kasi hadiah terutamanya GBTM.... I love u lah!! :)
No comments:
Post a Comment