ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Friday, March 25, 2011

Bila situasi menekan

Salam...
Semenjak dua menjak ni, keadaan berada dalam situasi yang busy dan agak menekan...huhuhu
So, bila dah dalam keadaan macam ni, masing-masing stress... Masing-masing pening lalat... Tiada kata lain yang dapat dinyatakan melainkan SABAR je la.... :)

Kadang-kadang, bila dalam keadaan macam ni, masig-masing tak sedar tindakan yang dilakukan. Masing-masing cuba nak luahkan, lepaskan apa yang terbuku di hati.. Apa yang terpendam di hati... Sudahnya, individu yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan ni. Bila dah macam ni, aku teringat pesanan  kakak kepada kawan aku pada aku. Katanya, 

         " jangan dilayan orang macam ni. Biarkan aje. Kalau kita layan, kita ni dikira bodoh. Dah tahu perangai         dia macam tu, dilayan lagi. Nanti, kita juga yang pening.. bergaduh"

Lebih kurang macam tu lah ayat dia pada aku.. aku pun mengia kan aje.. Sebab memang betul tu. Kalau makin dilayan, kita makin sakit hati. Sebab tu, kadang-kadang memang aku sakit hati juga dengan manusia-manusia yang macam ragam ni. Tapi nak buat macam mana. Dah namanya manusia. Kita kena terima baik dan buruknya. Yang mana kita boleh ubah kearah kebaikan, kita boleh usahakan. So, sebab tu, apa-apa hal, sifat aku IA kan aje.. as long, benda tu tak bertentangan dengan apa yang sepatutnya. Biarlah orang nak kata aku tak tegas, tak ada pendirian ke, its okey... Janji aku tak sakitkan hati or susahkan sesiapa.. tapi dalam its okey tu, ada juga terluah ketidak puasan hati... kadang-kadang tu, membebel jugak. Tapi mulut aje... tak berbekas di hati pun selalunya.. Sebenarnya, aku ni cakap aje lebih.. Masa mula-mula "tanduk tumbuh" je.Tak lama lepas tu, okeh la... Biar apa orang nak kata, yang penting aku SABAR dan SABAR  itu besar ganjarannya kelak...

Bukan untuk membanggakan diri yang aku ni penyabarnya orang. Pada hakikatnya, aku ni bukan lah penyabar orangnya. Tapi kita boleh berusaha untuk menjadis seorang yang lebih sabar. Kita berusaha untuk menuju ke arah kebaikan. Betul kan? Bukan melihat kekurangan orang lain dan membuat penilaian terhadap dia. Sebaliknya, kita ambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku dan apa yang kita lihat untuk baiki lagi diri kita.

Bila dah situasi menekan macam ni, aku pun stress jugak kadang-kadang. Maunya tak stress. Tapi macam aku katakan tadi, sabar je la.. InsyAllah apa yang kita lalui sekarang ni akan beransur pergi.. Dan semestinya sebagai Islam, jangan lupakan tanggungjawab kita pada DIA.. Selagi hati kita mengingati DIA< tunaikan tanggungjawab kita pada DIA, insyAllah, biarpun situasi menekan ke, tunggang terbalik ke, menonggeng ke, kita pasti akan dapat hadapi semuanya dengan senyuman. Tak gitu??? heheh

Al-Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.







No comments:

Post a Comment