ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Saturday, April 2, 2011

Test JPJ Again

Alhamdulillah.... kerana dengan keizinannya, akhirnya dapat jugak aku lulus test kereta pada 1 April 2011!!
Ya! Selesai sudah satu lagi misi aku sebelum kaki ini lmelangkah meninggalkan UKM... hehehe... Bersyukur sangat.. Dah tak sanggup nak repeat test.. hahahaha

So, nak dijadikan cerita, seperti yang aku maklumkan sebelum ni, untuk test atas litar, aku TAK LULUS. Sebabnya, terlanggar tiang kat parking.. hehe..Terlanggar ke?? Actually memang saje langgar coz masa tu blurr+nervous+gelabah sampai tak tahu dah nak buat apa... Lagi2 bila kedudukan kereta tu, betul-betul rapat dengan tiang kat parking tu.... heheh.. So, last choice, aku langgar je tiang tu... Makanya, gagal la jawab nya... Bila fikir2 balik, ni mesti sebab kes durhaka kat cikgu ni.... hahahha... dah la menjawab pastu, tak minta maaf.. kan dah faill...

Makanya, sehari sebelum aku buat test ulangan, aku pun pergi lah tambah masa belajar kereta. Niat di hati, tak nak menjawab dah... apa cikgu cakap, nak ikut aje...(tetibe jadi baik... :)..)Masa belajar kereta tu, aku dapat member yang fail kat parking jugak.. So, apalagi, kami berdua telah menggunakan masa hampir 2 jam dengan membuat eksperimen.. Habis semua parking kami redah... Konon2 nak try... Cikgu ajar lain, kami buat lain... Konon2, nak prepare la kemungkinan2 yang akan berlaku pada hari kejadian... hahahah... So, masa tengah buat perking tu, aku menghadapi keadaan yang sama masa aku fail masa test.. Setelah melakukan perbincangan dengan member aku ni, kitaorang buat steps kitaorang sendiri... Tapi entah macam mana, Tetiba, muncul la pulak cikgu... Alang2 dah ada kat situ, try la tanya kan... hahahha... Amik kau!! Free2 kami berdua dapat tazkirah Dhuha... hahahaha... Dapat pulak dua2 anak murid yang suka menjawab, lagi lah.... sepatah cikgu tanya, berpatah2 menjawab... (Sila jangan contohi).... Pastu, bila tiba hari nak test, bukan nak minta maaf.. Cuak jugak kan.. maunya fail sekali lagi...

Tapi alhamdulillah... LULUS! Walaupun, aku hampir putus asa bila kereta aku mati 3 KALI! Lepas tu, tetibe sorang JPJ ni suruh keluar.. Aku tak tahu la dia suh aku atau student lain. Tapi yang pasti dia cakap, dah 3 Kali.. Time tu, memang standby nak bukak pintu la.. Tapi, bila brother kat institut tu suh teruskan aja, aku pun sambung. Masa tu, cuak gila.. Nak hidupkan kereta pun dah tak mampu.. Nasib baik ada uncle Chandra... Dialah yang ajar aku, suh tekan itu dan ini... Buat Parrking, Alhamdulillah.. Buat 3 penjuru pulak, entah macam mana terlupa nak tukar gear... Tapi nasib baik LULUS juga... Alhamdulillah!!!

Apa2 pun, TAHNIAH untuk GENG BUDAK TAK MATANG... Akhirnya kita semua dapat lesen kereta ya..BUKIT BROGA menjadi saksi kita amik tesr kereta!! Walau aku, mak n ucu terpaksa test 2 kali... Untuk CIkgu... Hahahah.. memang terbaik la!! Memang aku respect la.. Tahap KESABARAB dia memang aku kagumi. Apatah lagi berhadapan dengan anak murid yang ada masalah kelupaan tahap kronik macam aku ni.. hehehe.... Telinga aku ni dah kalis dengar bebelan dia.. Sampai kadang2, aku dah tak tahu time bila dia duk bebel, marah dan buat lawak... Sama je tone suara dia aku dengar... harap2, Cikgu tak kena darah tinggi la... Especially dapat anak murid macam aku ni yang suka menjawab... hehehe.. Bukan sengaja nak menjawab, kadang2 cikgu ni, aku dah tengok macam jelmaan abang2 ipar aku pun.. kadang2 macam lecturer aku pun ada... tu la pasal, aku kalau boleh, nak je menjawab apa yang dia cakap....

Terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan. Walau pun, sebenarnya dah give up bila first test gagal.. Terima Kasih pada yang sponser untuk aku lakukan test ulangan.. Terima Kasih untuk yang mendoakan.. terima Kasih pada yang mengajar aku drive... Terima Kasih untuk semuanya.. Hanya Allah yang dapat membalas.. :)

Moral of d Story:
1: Jangan mudah putus asa dan berhenti berharap
2: Cikgu pesan, Usaha Tangga Kejayaan... Kena Usaha baru boleh Berjaya
3: Berdoa.. jangan pernah berhenti berdoa...
4: Jangan jadi anak murid macam aku. Suka menjawab!

No comments:

Post a Comment