ayam percik yang kata

"berjalanlah dengan harapan walau hidup tak selalu bahagia, sedekahkan satu senyuman walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyata kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..." kata ayam percik..

Monday, January 24, 2011

K. A. W. A. N


*Sumber MR Y

Kalau disebut kawan, aku percaya semua orang dalam dunia ni ada kawan. Cuma yang membezakan ialah sejauh mana kita mendefinisikan kawan itu. bff (best friend 4ever), kawan baik, kawan rapat, kawan kamceng, kawan biasa? Tu semua terpulang pada kita sendiri untuk mendefinisikan kawan tu.

Bagi aku pulak, aku lebih senang menggelarkan kawan rapat pada kawan2 yang sentiasa bersama aku di waktu senang atau susah. Tapi apa yang aku perasan, kebanyakkan orang bila ada kawan baik/ kawan rapat/bff ni, kalau boleh mereka nak sentiasa bersama. Kalau boleh, semua kehidupan peribadi si kawan tu nak di ambil tahu. Bila ada rahsia antara mereka, akan adalah perselisihan antara mereka. Itu yang aku perasan dan sering perhatikan. Tapi bagi aku, biarlah serapat mana pun kita dengan seseorang yang bergelar kawan tadi, harus diingat dia tetap ada kehidupannya yang lain. Dia bukan hak mutlak kita. So, dia berhak untuk cerita apa yang dia nak atau tak nak. Dan bila berkawan rapat/kawan baik/bff tak semestinya kena sentiasa bermesej, bertelefon. Itu bagi akulah. Sebab bagi aku dengan jarang bermesej atau bertelefon sebenarnya akan membuatkan kita akan lebih menghargai antara satu sama lain. Sebab aku akui aku sendiri seorang yang jarang mesej atau call kawan2 aku tapi tak bermakna aku lupakan mereka. Aku sentiasa ingat mereka yang sentiasa susah senang bersama aku.

Satu lagi, apabila berkawan memerlukan pengorbanan. Perlunya tolak ansur, sabar dan so on. Kadang2, aku sendiri hilang sabar dengan sesetengah sikap kawan2 aku. Biasalah. Manusia mana ada yang sempurna. Ada kekurangan.. dan setiap kekurangan dia tu, pasti ada kelebihan. Aku sendiri pun bukan lah seorang kawan yang baik. Jadi, aku rasa aku tak berhak untuk menghukum. Jadi, kalau aku sakit hati, marah or kecewa dengan sikap sesetengahnya, aku lebih suka mendiamkan diri or bercerita pada seseorang. Kalau dah marah tahap cipan sangat, kadang2 memang aku menangis.. hehehe.. bagi aku, menangis adalah cara aku untuk lepaskan kemarahan. Aku lebih prefer menangis sbb aku ni, kalau marah, ayat main ikut sedap aku je bercakap. Nanti masalah yang kecil, jadi makin besar.. Biarlah orang nak kata aku cenggeng janji aku tak susahkan hidup sesiapa..

Nak tahu kenapa tetiba aku bercakap soal kawan?? hmmm... Baru-baru ni, kawan aku mesej & call aku. Kiranya kawan rapat aku la. First time aku dengar menangis sbb selama ni, dia yang tenangkan kalau aku menangis. Dia dok cerita masalah dia pada aku. Semuanya gara2 insan yang bergelar kawan ni. Kadang2 aku tak faham, kenapa seseorang kawan harapkan kawan dia macam tu, macam ni tapi dia sendiri pun tak berapa nak betul?? Lepas tu, tergamak seorang kawan yang selama ni boleh dikira kawan susah senang keluarkan statement "mulai hari ni, kita buat hal masing2".. Lagi satu"kalau nak cakap, cakap perkara penting je".. Hmm... itu ke sikap seorang kawan? Mungkin kawan aku ada buat kesilapan & dia sendiri tak menyedari. Tapi kenapa tidak dijelaskan. Kenapa menghukum tanpa usul periksa? Bukan kah ini tidak adil pada satu pihak lagi? Tak sedih ke bila ikatan yang terbina bertahun2, musnah macam tu je? Hmm.. Aku bukan nak cakap kawan aku tak salah, sebab aku pun hanya dengar dari satuy pihak. Tak dengar dari pihak yang sebelah lagi. Mungkin, dia pun ada alasan yang tersendiri. tapi kalau betul lah, kenapa boleh jadi macam ni?

Sejahat2 aku pun, sesakit2 hati aku pun, aku rasa aku tak sanggup nak keluarkan statement  macam tu. Tapi tak tahulah suatu hari nanti (Nauzubillah!! mintak2 dijauhkan. Bukankah berdosa memutuskan silaturahim?).. Selagi mampu bersabar, akan tetap bersabar walau pada hakikatnya, kadang2 berbakul2 jugak lah luahan ketidakpuasan hati aku tu (semoga diampunkan dosa2 aku. rasanya dah terlalu banyak bersoseh2... huhu)

So, bagi aku, kalau kita berkawan, tak kisahlah kawan jenis mana pun,  kena banyak bersabar, tolak ansur dan so on.. Kita memerlukan kawan dalam hidup ni walau hanya seorang dan tak kisah la jenis apa pun kawan kita tu. Jangan meletakkan expectation yang terlalu tinggi pada seseorang kawan kerana dia juga seorang manusia macam kita yang tak sempurna (kata2 ini juga ditujukan khas buat diri aku sebagai pesanan penaja).. Bila marah, ingatlah pada kebaikan nya. Perbanyakkan zikir, istighfar n membaca Quran. Moga hati menjadi lebih tenang. Bukan kah bila kita marah syaitan akan melonjak gembira? Tika itu lagi mudah untuk kita dikuasainya. Masa tu jugak2 incik2 S ini akan menghasut kita. Memporak perandakan hubungan kita dengan insan yangbernama kawan.. Jadi jangan biarkan incik2 S ni, melonjak kegembiraan ye... :).. Terimalah kawan kita seadanya.

Satu lagi, ini bagi aku lah. Orang kata dalam persahabatan atau dalam berkawan perlukan kejujuran. Tapi bagi akulah, sometimes kita kena hipoktrik juga. Tapi tengok pada keadaan la. Aku pun tak suka hipoktrik ni tapi kadang2, aku tergolong dalam kelompok tu sbb ada hati yang perlu dijaga. Manusia ni kan unik. Bukan semua boleh terima apa yang kita katakan. Jadi untuk menjaga kerukunan dalam berkawan tu, perlunya ada sedikit hipoktrik. Betul tak?? heheheh.. :) Kalau tak betul pun, its okeh... Sbb itu hanya pandangan aku sahaja...

*Hawt Cheeky Crew, Geng Choka Choki, Geng Budak Tak Matang dan Geng Matrix, korang lah antara kawan rapat aku... susah senang sama2... Moga ukhwah berkekalan untuk selamanya... TERBAIK DARI LADANGlah!!

5 comments:

  1. rasa terpanggil..huwaha3...
    ye slalu sgt cntct rimas kowt..
    biasa2 sudah~
    tp ak slalu gak kaco2 kwn ak..dah bosan kan..hua3

    ReplyDelete
  2. rasa terpanggil...huwaha3...
    ye slalu sgt cntct rimas kowt..
    biasa2 sudah~
    tp ak slalu gak kaco2 kwn ak..dah bosan kan..hua3

    hahahaha....
    anyway...thanks yu..cz being ma senget friends r..
    u r d best beb!

    ReplyDelete
  3. nad& adik.. kekadang aku pun kalau dh bosan tahap cipanzi, kaco gak.. hahha
    adik: most welcome dear... aku senget sbb ko pun senget.. hahhah... best ape senget tu.. hehe

    ReplyDelete
  4. angah: hahaha....yelah...y laen tegak jek..ko jek y senget...laen dr y laen 2 kn istimewa...
    xgitu???...hehehe...:p

    ReplyDelete
  5. adik: thanks.. well, i kan memang istimewa tp tak seistimewa adik aka hyperaktif. hahahha

    ReplyDelete